Safee Sali Bakal Menyarung Jersi Sang Singa?

Minggu ini menyaksikan pasukan Perlis mula memaparkan pemain pemain yang bakal menggalas cabaran untuk 2019. Walaupun masih kabur liga mana yang bakal disaingi, namun pasukan singa utara masih berjaya untuk mendapatkan pemain yang bertaraf bintang.

Safee sali kini dikhabarkan bakal menyarung jersi singa utara selepas Perlis berjaya mengikat kapten kesayangan pasukan Kelantan dengan menandatangani kontrak bersama Singa Utara. Pemain berusia 34 tahun ini dilihat hampir 80% bakal menyertai pasukan yang baru diberi nafas baru.

Jika dilihat prestasi 2018 semasa Safee di PKNS, ditelah membuat 29 penampilan keseluruhan disemua kejohanan bersama PKNS, dan berjaya mencetak 8 gol. Namun secara keseluruhan prestasi Safee telah melepasi kemuncak kerjayanya. Mungkin pengendali Manzoor mempunyai perancangan yang tersendiri apabila mengikat beberapa pemain yang agak berusia.

Apapun diharapkan dengan kehadiran Safee akan mengulangi sejarah terdahulu sepertimana yang dilakukan oleh Nizaruddin Yusof. Dimana pemain tersebut berjaya memperoleh rentak dan kembali ke prestasi terbaiknya selepas bersama pasukan Perlis.

Apapun kita tunggu pengumuman minggu ni