Perlis sedia majukan bola sepak negeri

KANGAR: Kerajaan negeri Perlis komited dalam menyediakan pelbagai kemudahan bagi memajukan sukan bola sepak di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Abdul Jamil Saad. Beliau berkata, walaupun sumbangan kewangan daripada kerajaan negeri untuk maksud itu amat terhad atas faktor sumber kewangan yang juga terhad, bantuan ketara yang mampu diberi ialah dalam bentuk kemudahan sukan.

“Kerajaan negeri bertanggungjawab menyediakan kemudahan infrastruktur dan kepakaran teknikal untuk latihan, manakala persediaan pasukan untuk menyertai pertandingan adalah tanggungjawab Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA),” katanya. Continue reading…

Piala FA : Undian Piala FA 2016

12507668_1167832196577431_7925751653863910800_n

Piala Fa 2016 ini menyaksikan Perlis akan menunggu Pemenang diantara Penjara FC atau Felcra FC. Jika ditakdirkan bertemu Felcra FC, ianya pasti menjadi sebuah perlawanan yang dinantikan. Ini kerana hampir kesebelasan utama Felcra merupakan antara pemain yang bertanggungjawab membawa pasukan Perlis kembali bersaing dalam Liga Premier pada tahun ini.