Liga Premier: Perlis Lawan ATM

#PERLISvATM : Perlawanan pertama ini bagi menguji kekuatan sebenar pasukan perlis yang baru dibentuk. Mengharungi perlawanan Pra Musim 2016 dengan 2 kemenangan 1 Seri dan 2 kali tewas, masih belum cukup menguji kekuatan dan keserasian yang sebenar. Ini kerana perlawanan yang dilalui kurang kompetitif. Apapun harapan penyokong adalah kemenangan ditempat sendiri pada perlawanan pertama. Pemain perlu cepat menyesuaikan diri dengan perlawanan. Perasaan gugup perlu diatasi dengan segera, Ramalan malam ini Perlis 1 -ATM 0

Bukan Alasan

Kangar: Alasan seperti kurang perlawanan kompetitif dan prestasi tidak menentu sepanjang beberapa siri perlawanan persahabatan yang diharungi bukan masalah besar dalam usaha memantapkan keserasian pasukan Perlis untuk menghadapi Liga Perdana 2016 yang akan bermula pada 12 Februari ini.

Sepanjang tiga perlawanan persahabatan lalu, anak buah jurulatih Dollah Salleh itu hanya menang sekali ketika menentang kelab Divisyen Dua Liga Wilayah Selatan Thailand, Hatyai FC 6-0, seri tanpa jaringan dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) dan tewas 0-1 kepada Pulau Pinang.

Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) Datuk Rozabil Abd Rahman berkata, perlawanan persahabatan sebelum ini diadakan untuk memberi pendedahan pemain.

“Saya tidak rasa kita bukan tiada langsung perlawanan pramusim. Apa yang saya harap, tiga perlawanan itu memberi pendedahan kepada pemain untuk membentuk pasukan mantap sebelum perlawanan pertama musim Liga Perdana 2016, tidak lama lagi.

“Persiapan perlawanan pramusim kami cuma bermula agak lewat berikutan beberapa pemain import gagal berada pada masa ditetapkan namun berdasarkan prestasi semasa kita percaya mereka akan dapat keserasian sebelum bermula perlawanan pertama menentang Angkatan Tentera Malaysia nanti,” katanya. Continue reading…

TIADA TIKET VIP BAGI PEMAIN BAHARU PERLIS – DOLLAH SALLEH

Jurulatih Perlis, Dollah Salleh menegaskan penghijrahan beramai-ramai bekas pemain PDRM ke Perlis bukan atas tiket ‘VIP’ sebaliknya tetap diuji menerusi sesi pemilihan.
Skuad Singa Utara musim ini berwajah baru dengan kehadiran pemain dari pasukan berbeza musim lalu.

Tujuh daripadanya bekas pemain PDRM Afif Amiruddin, Arman Fareez Ali, Saiful Amar Sudar, V. Thirumurugan, Fauzi Abd Majid, Alafi Mahmud dan Mohamadou Sumareh.

Kembali bergandingan bersama Dollah, ketujuh-tujuh pemain itu dipilih bukan berdasarkan status anak buahnya sebelum ini.

“Bukan saya yang panggil dan serapkan mereka terus. Mereka datang atas minat sendiri dan saya membuat keputusan.

“Kemudian. saya memberitahu pemain-pemain PDRM itu, sekiranya mereka terpilih mewakili Perlis maka mereka tidak akan diberi tempat kesebelasan utama secara automatik,” kata Dollah. Continue reading…

Dollah bayangkan Perlis laluan berliku

KETUA Jurulatih Perlis, Dollah Salleh membayangkan pasukannya bakal menghadapi rintangan berliku dalam saingan Liga Perdana bermula pertengahan bulan depan.

Katanya, kebimbangannya kerana tahap kecergasan dan kekuatan fizikal pemain belum memuaskan selepas seminggu berlatih kerana aspek ini sangat penting untuk memastikan Perlis mara lebih jauh.

“Justeru, saya terpaksa memperkenalkan corak agak keras untuk memantapkan pasukan ini walaupun beberapa pemain didapati tidak dapat mengikutinya dengan memuaskan. Continue reading…

Perlis tiada masalah kewangan

PERSATUAN Bola Sepak Perlis (PFA) menafikan dakwaan pasukan Perlis kini sedang menghadapi masalah kewangan yang meruncing sekali gus menjejaskan perancangan mereka mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini.

Ahli Majlis PFA, Syed Dziauddin Syed Darus berkata, dana bagi Perlis mengharungi Liga Perdana tahun ini sudah mencukupi.

Malah, katanya, kuota untuk mengisi kekosongan pemain import juga sudah dipenuhi.

“Kami tiada masalah kewangan dan segalanya sedang berjalan lancar sekarang. Berapa jumlah dana tersebut akan kita dedahkan pada 15 Januari ini dalam majlis memperkenalkan pemain dan pasukan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Continue reading…