Tidak perlu bangga menang 6-1

KEMENANGAN besar Singa Utara membaham Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 6-1 pada aksi pembukaan Liga Perdana 2016 bukanlah kejayaan yang perlu dibanggakan sebaliknya sekadar aksi pemanas ‘enjin’.

Jurulatih Perlis, Dollah Salleh berkata, meskipun Perlis menang bergaya dalam pertembungan sulung musim ini namun pemain harus sedar bahawa ATM bukan pesaing setaraf.

“ATM dalam keadaan porak peranda sekarang ini dengan pelbagai kerencaman masalah pengurusan, pemain, kewangan pastinya aksi yang dipamerkan bukanlah saingan terbaik.

“Oleh itu kemenangan mudah Perlis di Stadium Tuanku Syed Putra kelmarin bukan habuan terbaik, saya harap kejayaan besar itu hanyalah penyuntik semangat pemain bukannya peluang untuk pasukan mendabik dada dan terlalu yakin diri,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut bekas jurulatih skuad kebangsaan, pasukan Singa Utara usah leka dibuai pujian sebaliknya fokus memburu kejayaan dalam saingan seterusnya.

“Kemenangan pertama ini tidak ada apa-apa untuk dibanggakan, kita belum jumpa pasukan saingan yang sedarjat.

“Skuad Singa Utara belum buktikan apa-apa, saya takut letak harapan tinggi nanti mereka over confidence, masalah juga. Kita belum dapat tentangan, ingat tu,” katanya.

Bagaimanapun, Dollah berharap pertembungan Isnin ini menentang UiTM FC dapat melihat kemampuan sebenar skuad kendaliannya ibarat ‘buku bertemu ruas’.

Sumber : Sinar Harian

Liga Premier : Perlis Lawan UiTM FC

Perlawanan kedua ini agak menarik dimana kedua pasukan masih dibuai dengan kemenangan besar pada perlawanan pembukaan pada jumaat lalu. Ketajaman penyerang kedua pasukan pastinya menjadi tarikan pada perlawanan ini.

Namun bagi SUN, perlawanan ini akan menguji kepintaran pemain tengah perlis untuk mengatur gerakan dan serangan yang menarik. Ini kerana pada perlawanan terdahulu pada separuh masa kedua perlis kelihatan buntu untuk mengatur serangan, selain persefahaman dan kepantasan pemain pertahanan perlis Afif dan Obina juga akan diuji pada game ini.

Ramalan Sotong masak merah : Seri 1-1

#PERLISvUiTM #kitajuara