Sembang Pandai : Mungkin Pengurusan Perlu Berlapang Dada, Lakukanlah Transformasi

Drama tahun ini dimulakan dengan pasukan pahlawan merah, kemudian diikuti dengan sang singa utara. Namun bukan menafikan kewangan adalah nadi penggerak sebuah kelab/persatuan. Dengan liga yang makin sengit, penawaran tangga gaji yang lumayan pastinya menjerat pasukan pasukan kerdil seperti perlis. Ingin bersaing dengan pasukan pasukan yang mempunyai kewangan yang lebih kukuh banyak pergorbanan yang perlu dilakukan.

Rasanya setiap tahun Perlis sentiasa setup team baru. Bulan 11-12 terdengar open selection dipadang padang sekitar stadium, berpusuan anak muda yang berbakat mencari peluang untuk beraksi. 3, 4 hari selepas selection barulah ada pemain untuk beraksi, kadang kala peliknya. Hanya orang kat tepi padang sedia tahu. Pertengahan musim terdengar cerita gaji tak dibayar, gaji sangkut dan macam macam lagi. Bukan setakat player tapi doktor pasukan pon lup.

Bila nak mula musim baru drama tarik menarik tertarik muncul, dan dipenghujung drama akan ada hero penyelamat bumi akan datang menyelamat. Maka perjuangan tahunan kembali bersinar dengan samar samar. Mungkin ada tokoh disebalik penyelamat tersebut yang sentiasa membantu. Namun sampai bila?

Sepatutnya zaman “profesional” yang lebih 25 tahun bukan setakat pemain sahaja tapi keseluruhannya sepatutnya lebih matang. Pengurusan bola sepak moden ini bukan pengurusan wakaf, tapi ini adalah perniagaan. Untuk survive perlu pandai cari duit bukan dengan kaedah kutip sumbangan. Continue reading…