Bergelut Cari Penaja?

KUALA LUMPUR – Genap sebulan sebelum Liga Malaysia (Liga M) musim 2016 membuka saingan menerusi Piala Sumbangsih pada 13 Februari depan, masih banyak persatuan bola sepak bergelut untuk mendapatkan penajaan bagi menampung kos perbelanjaan yang mencecah jutaan ringgit semusim.
Keadaan ini menyebabkan mereka cukup terdesak hingga terpaksa ‘memburu’ individu-individu atau hartawan memandang­kan peluang untuk mendapatkan penajaan daripada syarikat korporat tidak mudah.
Tidak hairanlah apabila Pre­siden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa kelmarin menegaskan, biarpun menerima tajaan mencecah RM20 juta daripada Vida Beauty selama dua musim, ia sebenarnya tidak cukup untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka. Continue reading…