Bukan Alasan

Kangar: Alasan seperti kurang perlawanan kompetitif dan prestasi tidak menentu sepanjang beberapa siri perlawanan persahabatan yang diharungi bukan masalah besar dalam usaha memantapkan keserasian pasukan Perlis untuk menghadapi Liga Perdana 2016 yang akan bermula pada 12 Februari ini.

Sepanjang tiga perlawanan persahabatan lalu, anak buah jurulatih Dollah Salleh itu hanya menang sekali ketika menentang kelab Divisyen Dua Liga Wilayah Selatan Thailand, Hatyai FC 6-0, seri tanpa jaringan dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) dan tewas 0-1 kepada Pulau Pinang.

Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) Datuk Rozabil Abd Rahman berkata, perlawanan persahabatan sebelum ini diadakan untuk memberi pendedahan pemain.

“Saya tidak rasa kita bukan tiada langsung perlawanan pramusim. Apa yang saya harap, tiga perlawanan itu memberi pendedahan kepada pemain untuk membentuk pasukan mantap sebelum perlawanan pertama musim Liga Perdana 2016, tidak lama lagi.

“Persiapan perlawanan pramusim kami cuma bermula agak lewat berikutan beberapa pemain import gagal berada pada masa ditetapkan namun berdasarkan prestasi semasa kita percaya mereka akan dapat keserasian sebelum bermula perlawanan pertama menentang Angkatan Tentera Malaysia nanti,” katanya. Continue reading…