YUSRI CHE LAH AKHIRNYA DEDAH RAHSIA: “NILAI SAYA BUKAN RM1 TAPI RM30,000”

Kontroversi melanda Akhyar Rashid ekoran isu tebus kontrak antaranya dengan Kedah turut mengheret nama Yusri Che Lah apabila peminat mengimbas kembali tindakan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) mengenakan bayaran RM1 sahaja sebagai harga perpindahan pemain itu ke kelab MPPJ pada 2006.

Tindakan itu dilihat sengaja dilakukan PFA untuk memalukan Yusri selepas tuntutan mereka sebanyak RM100,000 kepada MPPJ dianggap keterlaluan.

Justeru, ramai penyokong Kedah yang marah dengan tindakan Akhyar meminta Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengikut jejak PFA dengan hanya mengenakan hanya RM1 sebagai syarat melepaskan pemain itu daripada kontrak. Malah, ada yang mencadangkan hanya 50 sen.

Continue reading…

Singa Utara idam Akhyar pula

KUALA LUMPUR: Saham pemain muda negara, Akhyar Rashid ketika ini memang tinggi apabila dia turut menarik minat Perlis bagi menghadapi saingan musim depan.

Sebelum ini, hanya Johor Darul Ta’zim (JDT) begitu berminat terhadap pemain itu namun sejak semalam, penyokong tempatan turut mendapat perkhabaran Selangor juga sedia bersaing dengan Harimau Selatan untuk mengikat Akhyar.

Bagaimanapun, menerusi laman sosial Facebook Perlis, NorthernLions Perlis, Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) sedia memulakan rundingan dengan Akhyar dalam misi memperkukuhkan skuad Biru Kuning.

Continue reading…