#Sembangpandai : Lancar Jersey pun berbayar?

Sejak Persatuan Bola Sepak Perlis diambil alih oleh presiden yang baru, banyak cerita yang telah tersebar, baik buruk. sepanjang 3 bulan berita pasukan perlis boleh dikatakan kembali ke mainstream setelah beberapa lama tercicir. Hingga kemuncaknya buat pertama kalinya perlawanan persahabatan dapat sambutan yang luar biasa. Keceriaan peminat dapat dilihat setelah beberapa lama mengharungi suasana kelam .

Umpama mengharapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan pukul sebelas pagi tak sempat lunch. Kepimpinan baru ini diuji, isu bukan isu baru, isu logo, warna logo dan gaji pemain perlis 2018 masih lagi gagal ditangani oleh pengurusan. Pujian berarak pergi tekanan kembali menghimpit pengurusan. Dikalangan peminat ada yang positif dengan perubahan dan ada yang menuntut tanggungjawab PFA harus diselesaikan terlebih dahulu sebelum memborong pemain baru.

Mood tegang akibat isu ini nyata dilihat merentap momentum, peminat mula berbahagi, petelagahan antara peminat dan pemain akibat berbeza pandangan & ada kata kata yang menyinggung perasaan. Situasi kali ini berbeza bulan sebelumnya.

Belum reda dengan isu ini, peminat dikejutkan lagi dengan majlis pelancaran jersey dan pengenalan pemain. Majlis yang sebenarnya ditunggu-tunggu peminat perlis, semua membayangkan satu majlis sepertimana yang dilakukan oleh pasukan pasukan negeri lain, dengan kemeriahannya. Ya belum pun lagi dilancarkan peminat telah di”kejut”kan dengan jemputan ke majlis pelancaran. Kejutannya untuk hadir ke majlis tersebut perlu berbayar. Ya berbayar.

Pada pandangan saya, ini merupakan antara satu kesilapan besar, kerana ini bukan majlis mengutip dana derma, dan ianya bukan minggu setiausaha. Mengapa kita buat majlis pelancaran, apa objektif majlis tersebut. Sepatutnya bahagian pemasaran PFA perlu fokus kepada jualan jersey yang dilancarkan, bukan fokus kepada keuntungan untuk sehari sahaja. Strategi lancar baju di hotel juga dilihat strategi lapuk. Ia bukan pertandingan fesyen yang memfokuskan hanya kepada golongan tertentu dan mereka yang memerlukan suasana eksklusif.

Bola sepak adalah universal dan sesuai kepada semua golongan, majlis pelancaran boleh dilakukan sahaja di stadium dan menyediakan pelbagai keistimewaan bagi mereka yang membeli pada hari pertama dilancarkan. Sasaran jualan jersey yang perlu diberi tumpuan berbanding jualan meja yang bersifat sementara. Bahagian pemasaran perlu mengkaji pasaran sebelum buat satu keputusan yang merugikan, sekaligus buat kerja yang sia sia.

Kesilapan ini mampu memberikan kesan yang negetif kepada persepsi peminat ketika ini, masing masing mula menyusut keyakinan dengan keputusan yang dibuat oleh pengurusan PFA dan susulan dengan isu gaji yang berlegar didalam media. Masa masih ada, mungkin ada ruang untuk buat penambahbaikan.

Harus PFA tahu, awak nak jual barang, awak nak tunjuk produk awak, takkan depa nak bayaq kalau nak tengok apa produk yang anda sedia. Peminat nak lihat pemain mana yang akan jadi ramuan/bahan yang nak digunakan dalam mengharungi saingan liga. persembahan/pemainan yang baik umpama hidangan yang disediakan dengan mengunakan ramuan tadi sedap atau tidak. kalau sedap peminat akan terus memenuhi stadium kalau hidangan kurang gula kurang garam, sunyilah kembali STSP. Nak jadi kapitalis pon kena pandai… cuba ambil contoh Astro pon bagi free channel dalam setahun sekali, sebab nak goda pelanggan dia supaya melanggan channel channel lain bukan hanya kekal satu pekej tu je sepanjang masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *