Sembang Pandai : Perlis Kian Lesu?

Skuad termahal dalam sejarah bola sepak Perlis, kini berada di episod yang duka. Pasti ramai yang mula membuka kata, pedas keras tentang kemampuan untuk bersaing dalam liga premier. Diatas kertas Perlis dilihat sebagai pilihan, namun selepas mengharungi 7 perlawanan liga, dan 2 perlawanan piala FA, nyata pasti ramai tertanya-tanya jadi begini.

Hanya 1 seri dan 3 kekalahan bagi 4 perlawanan terakhir, apa sudah jadi? Rehat panjang menjadi peluang atau menjadi punca prestasi merudum?

Atau ada tangan pengatur jawapan bagi setiap perlawanan?

Menunding jari bukan penyelesaian, mungkin peminat bukan pihak yang boleh buat keputusan, leadership dalam menguruskan pasukan perlu mula menilai prestasi pasukan, pemain dan kejurulatihan. Dalam saingan liga yang kini dalam perubahan dari semi pro ke pro perlu ada indikator yang sesuai bagi memastikan setiap department berfungsi dengan baik.

lesu2

Hairan adakah semua yang ada kini sudah melepasi prestasi terbaik mereka. Atau conductor  pasukan kini kian ketandusan idea dalam mengatur strategi perlawanan. Perlis kini bermain hanya dengan kurdrat dan kemampuan yang ada saja. Ini membawa kembali ke zaman Reduan Abdullah.

Mungkin pengurusan kena perkasakan atau cuma selitkan elemen sains sukan dengan mengawal diet pemain, kaedah pengesanan fitness pemain. Kena terima hakikat pemain yang ada rata ratanya agak berusia. Sains sukan boleh membantu pasukan mengekalkan prestasi. Jika masih dengan teknik konvesional agak sukar pemain mengekalkan kecergasan dan prestasi mereka dengan faktor usia.

Selain itu antara kelemahan yang dapat dilihat pada setiap game, perlis dilihat seolah tidak mempunyai sebarang maklumat atau database pasukan yang bakal dihadapi mereka. Kekuatan dan kelemahan pasukan lawan seolah perlis tidak tahu. Selain itu juga ada ka kaji semula game yang pernah pasukan lalui. Tempo yang sama disajikan dan kelemahan yang sama yang tonjolkan.

Betul kot kata-kata pada awal musim dari pengendali pasukan “Tidak perlu bangga menang 6-1‘ lepas pada tuh dumm terus..tiada peningkatan langsung!

Jika 2 perlawanan bulan ini gagal dimanafaatkan dengan sebarang mata, mungkin rasanya kita akan terus jauh dari gelaran pencabar liga. Hakikatnya memang team kita kian lesu kena cari tonik dengan segera..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *