Sembang Pandai : Perlis Berbelanja Besar Ada Duit Ka?

Kalau lihat dari tahun 90-an hingga tahun ini (80-an saya kecik lagi kot) , tahun ini pasukan perlis memborong pemain pemain yang ada nama bersama-sama jurulatih yang ternama. Dapat kita tengok juga geng geng kaki stadium, geng sembang pandai mula memenuhi padang A di Komplek Sukan setiap hari bagi melihat sendiri pemain pemain yang hebat hebat. Sebelum ini Perlis banyak menggunakan pemain tempatan dan pemain muda sahaja dalam mengharungi liga dan ianya hampir pasukan baru setiap tahun. Hingga kemuncaknya pasukan terjerumus ke liga FAM. Ketika itu penyokong mula menjauhi stadium dan semakin suram yang hanya kedengaran nyanyian dari penyokong ultras perlis disatu sudut.

Rasanya peminat bukan menjauhi kerana team tak kuat tapi kerana kualiti pasukan yang dilihat berada distandard yang terlalu rendah. SUKMA 2014 menyaksikan pasukan kendalian Yusri mempamerkan aksi yang menarik, kemudian tahun 2015 sekali lagi dengan menggunakan pemain yang sediaada dan bajet terhad Yusri telah berjaya membawa pasukan kembali bersaing di liga Premier. Namun apa sebenarnya masalah pasukan perlis. Bila mana Yusri terus meninggalkan Perlis dengan membawa semua pemainnya ke Felcra meninggalkan Pasukan Perlis kosong.

Mungkinkah masalah ini berlaku turun temurun iaitu pengurusan yang tidak profesional dan masalah kewangan yang sering membelenggu. Cerita sengsara gaji tak masuk bukan cerita baru la, ianya benda biasa dengar.

Namun tahun ini persediaan pasukan perlis, kelihatan masalah itu sudah tidak ada, dengan mengambil pemain dan jurulatih ternama yang mana kelihatan pasukan berbelanja besar. Tidak dapat dinafikan jumlah kutipan dan sumbangan penaja yang ciput, agak sukar bagi perlis nak sustain dan survive sebenarnya kalau hanya setakat bergantung kepada geran dan bantuan kerajaan negeri. Namun perlis perlu membangunkan pelan pengurusan yang profesional berasaskan model pengurusan perniagaan yang sesuai supaya dapat menguruskan kewangan secara berhemah dan menguntungkan persatuan.

Dengan pelbagai syarat yang dituntut oleh pengurusan liga memaksa sebenarnya untuk pengurusan sesebuah kelab untuk berubah secara total dari segi pengurusannya.Pelan/Model pengurusan yang sistematik, pulangan pelaburan samada kepada negeri, penaja dan pihak berkepentingan mampu diberikan dalam liga yang diswastakan ini. Mungkin pihak pengurusan perlu cuba approach pakar pakar dalam perniagaan mahupun ahli akademik dalam bidang pengurusan bagi membangunkan model yang sesuai dengan situasi perlis yang pengurusannya tidak hanya bergantung kepada kutipan tiket sahaja.

bd

Pihak pengurusan boleh mengambil contoh Pelan Perniagaan borussia dortmund yang menggunakan BCM (Business Canvas Model) untuk mencari kekuatan dan kelemahan bagi membentuk sebuah kelab yang berjaya dan menguntungkan. Setakat ini, apa yang dapat dilihat semua pasukan di malaysia hanya menyedut duit dan menjadi liabiliti kepada presiden dan penaja yang mana pulangan dari pelaburan mereka tidak setimpal dengan jumlah pelaburan. Kita pernah lihat Kedah disumbang berjuta, namun isu gaji tetap timbul, kini Dato Vida melabur 20 juta dan Sultan Johor dengan 50 juta pelaburannya, mampukah pasukan mereka memberikan pulangan lebih pada itu.

Populariti dari pelaburan mungkin best didengari namun tak mampu untuk mengekalkan pasukan jika pengurusan yang tidak cekap dan tidak mampu membuat penjanaan pulangan. Mungkin ini peluang kepada pihak pengurusan perlis dan exco sukan perlis untuk membuat satu pelan pengurusan pasukan berasaskan perniagaan. Buang mentaliti yang dulu, penyokong dah kembali ke padang mereka rindukan aksi yang kualiti. Jurulatih dan pemain yang bagus boleh berikan sinar, tinggal pengurusan kena tambah baik lagi supaya perlis boleh kekal bersaing tanpa sebarang isu dan kontrevesi seperti tahun terdahulu.

Harapan sebagai peminat agar cerita keceriaan seperti hari ini akan berterusan hingga ke penghujung 2016..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *