Sembang Pandai : Pemain Bola Yang Cerdik 50 Terkehadapan Atau ke….

Rasanya baru ja dicuit dengan keluhan rasa dari pemilik sebuah kelab, banyak pemain yang tercedera akibat national call up. Masing masing menunding jari untuk memberitahu teknik dan taktikal yang ortodok yang masih digunapakai disebuah negara yang maju dari segi kemudahan dan pengajuran. Hasil keluh rasa tersebut, telah disambut oleh 2 pemain dari kelab tersebut. 2 tonggak tersebut mengumumkan persaraan mereka dari skuad kebangsaan. Tahniah dan terima kasih atas sumbangan tenaga mereka dalam menaikkan nama negara hingga menggembirakan segenap negara suatu masa dulu.

Namun sedikit pelik tindakan mereka ini, adakah benar benar mereka mahu bersara dari skuad kebangsaan . adakah kerana kecewa dengan sistem pengurusan skuad negara atau hanya menuruti arahan majikan mereka. Isu kecederaan ini bukan setakat dihadapi oleh negara kita saja, negara yang selalu peluk cium piala dunia pun hadapinya juga. Serius pelik pemain malaysia, punca kecederaan dijadikan alasan, sedangkan punca kecederaan mai dari pelbagai arah terutamanya dari diri sendiri. Kegagalan untuk menyediakan fitness diri pada kedudukan sepatutnya bukan setakat datang dari inisiatiff kelab atau negara. Korang sendiri la kena invest, upah personal fitness trainer. Pada benda material seperti kereta, moto WAG kita sanggup invest puluhan ribu tapi untuk kerjaya hmmm.

Kalau kita dah fikir masak masak untuk bersara buat apa pi join makan angin dengan skuad negara pi bulan lepas. Tak ka tuh akan mengganggu perancangan team. Memang la usia tonggak tersebut macam usia messi. Tapi messi bersara sebab tak capai KPI diri dia, yang orang malaysia ni, nak pencen sebab apa?, kalau ya pon tunggu lepas mana-mana kejohanan bagi penuhi KPI negara dulu. Kot belah mana pon negara banyak invest untuk bawa pemain sampai ke tahap yang sekarang. Jangan lupa tu.

Apa pun keputusan terima kasih dan selamat maju jaya.

1 Response

  1. Amil

    Dia ingt dia orang star nk tarik perhatian senario bolasepak. Org klu berjiwa perwira sekagi diperlukan negara tetap akan berjuang.contohi perjuang yg terkorban utk negara .sy rasa mereka ni harus di keji oleh negara…
    P lah pemain2 ini awk semua pengkianat bangsa dan negara

Leave a Reply