Sembang Pandai : Mungkin Pengurusan Perlu Berlapang Dada, Lakukanlah Transformasi

Drama tahun ini dimulakan dengan pasukan pahlawan merah, kemudian diikuti dengan sang singa utara. Namun bukan menafikan kewangan adalah nadi penggerak sebuah kelab/persatuan. Dengan liga yang makin sengit, penawaran tangga gaji yang lumayan pastinya menjerat pasukan pasukan kerdil seperti perlis. Ingin bersaing dengan pasukan pasukan yang mempunyai kewangan yang lebih kukuh banyak pergorbanan yang perlu dilakukan.

Rasanya setiap tahun Perlis sentiasa setup team baru. Bulan 11-12 terdengar open selection dipadang padang sekitar stadium, berpusuan anak muda yang berbakat mencari peluang untuk beraksi. 3, 4 hari selepas selection barulah ada pemain untuk beraksi, kadang kala peliknya. Hanya orang kat tepi padang sedia tahu. Pertengahan musim terdengar cerita gaji tak dibayar, gaji sangkut dan macam macam lagi. Bukan setakat player tapi doktor pasukan pon lup.

Bila nak mula musim baru drama tarik menarik tertarik muncul, dan dipenghujung drama akan ada hero penyelamat bumi akan datang menyelamat. Maka perjuangan tahunan kembali bersinar dengan samar samar. Mungkin ada tokoh disebalik penyelamat tersebut yang sentiasa membantu. Namun sampai bila?

Sepatutnya zaman “profesional” yang lebih 25 tahun bukan setakat pemain sahaja tapi keseluruhannya sepatutnya lebih matang. Pengurusan bola sepak moden ini bukan pengurusan wakaf, tapi ini adalah perniagaan. Untuk survive perlu pandai cari duit bukan dengan kaedah kutip sumbangan.

Itu cerita setiap tahun dan sampai bila? Untuk sustain perlu ada perubahan. Pengurusan diterajui oleh orang perniagaan namun mengapa masih ditakuk penjaja dijalanan. Nama persatuan mengapa macam tiada ahli gabungan. Tak pernah dengar kelab kelab kecil yang bergabung (tuan yang tulis tak tau plak) sebabnya kelab kecil yang berdaftar hanya ada dua kelab sahaja kat perlis. Tapi takpasti samada diaorang ahli gabungan atau tidak.

Mungkin tahun 2017 datang dengan azam baru supaya pengurusan team perlis buat transformasi dari segi pengurusan. Bukan meminta macam selangor untuk letak jawatan tapi ubahlah pengurusan secara total. Rasanya garispanduan untuk mengurus pasukan dah terbentang didepan mata hanya perlu klik digoogle je, 5 elemen utama yang perlukan transformasi adalah pengurusan sukan, pentadbiran, infrastruktur, kewangan dan undang undang. Mantapkan secara berperingkat. Adakan engagement dengan peminat yang berminat nak bantu. Adakan strategik partnership dengan jabatan yang sepatutnya. Pastikan strrategi ini memberi pulangan kepada semua dalam tempoh jangka panjang.

Cuba hadam peraturan perlesenan FIFA dan AFC, semua keperluan dah diaorang masukkan sebagai satu framework menguruskan kelab, jangan malas baca, jangan blok fikiran. Cuba laksanakan secara berperingkat tiada jalan mudah untuk sustain tapi bila framework pengurusan yang jelas tak mustahil perlis mampu mencabar dalam tempoh 3-5 tahun akan datang.

Perlis dah ada sejarah sebagai pencabar, nak bangunkan branding tak banyak masalah. Cuma masalah utama samada top management mahu berubah atau tidak, jika masih berfikiran macam 30 tahun dulu susah. Untuk jadi gagah tak perlu besar, tapi perlu bijak.

Leave a Reply