Sembang Pandai : Cabaran Pasukan Perlis

Minggu ni peminat bola sepak Perlis dikejutkan lagi dengan tindakan drastik pengurusan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) menagih bantuan kewangan dari peminat dan masyarakat Perlis. Banyak kritikan dari pelbagai pihak yang memperlekehkan dan merendahkan tindakan pengurusan. Malah seorang pemimpin negeri mencadangkan agar membubarkan terus persatuan! Walaubagaimana pun pengurusan mempunyai alasan mereka yang tersendiri.

Jelasnya yang menerima kesan yang serius adalah kepada pemain dan pengurusan pasukan. Mata pencarian mereka bergantung kepada persatuan. Bagi aku satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin negeri amat menunjukkan kelemahannya dalam menangani isu sukan negeri perlis. sangat lekeh pemimpin sebegitu. Sepatutnya keadaan yang dihadapi oleh persatuan perlukan satu solusi yang sangat tepat dan tidak akan menganiaya mana mana pihak.

Kesilapan dalam pengurusan pasukan memang ada sejak dari mula, ada yang boleh dikawal oleh mereka dan ada yang tidak boleh dikawal. Sepatutnya pengurusan kena realistik dan perlu mengenali risiko dalam menguruskan pasukan, bukan bergerak dengan modal bayang bayang. Liga FAM bukanlah sebuah liga yang mampu memberikan impak kewangan tapi lebih kepada pembangunan pemain sahaja. Busines model untuk liga ni perlu sedikit berlainan dari Liga Super dan Liga Premier.

Liga FAM tidak mempunyai seri sebagaimana liga Super dan Liga Primier, kebanyakan pasukan bermain dengan stadium yang hampir kosong, publisiti yang sangat minimum, tak banyak usaha yang dibuat oleh FAM. Ini mungkin FAM ada sebab yang tersendiri dengan mewujudkan Liga ini. Fokus liga ini mungkin sedikit berlainan dari liga super dan liga premier. Sepatutnya pasukan bertanding perlu realistik dan menyesuaikan kemampuan pasukan dengan liga ini.

Banyak pasukan dalam liga Malaysia terutamanya Liga FAM tidak mempunyai busines model dalam menguruskan pasukan dan mereka (pengurusan pasukan dalam liga FAM) lebih meniru pasukan pasukan di liga yang lebih atas dan pasukan yang mempunyai jumlah penyokong yang lebih banyak. Di malaysia sebenarnya tak banyak pasukan yang diuruskan dengan busines model yang baik dan bergantung kepada ahli politik dan golongan diraja untuk membawa dana. Jika berlaku sebarang kejadian yang tak diingini, berlaku tarik diri pemilik dana maka pasukan itu terus meredum. Ini menyebabkan akhirnya pasukan pasukan tersebut mula menghadapi masalah kewangan yang serius. Termasuk pasukan Perlis.

Sangat simpati dengan pasukan Perlis, sebuah pasukan yang pernah menjadi pasukan yang dihormati kini dilihat sebagai pasukan bermasalah. Bagi persatuan semoga berjaya keluar dari masalah ini dan cuba selesaikan dengan sebaik mungkin, namun pada masa yang sama cubalah kaji kesilapan setiap tahun yang menyebabkan anda semua berada didalam keadaan ini.

Perlis tak kurang dengan bakat namun mereka menjauhi kerana kelemahan kepimpinan terdahulu. Bagi pemimpin negeri Perlis yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan negeri, tingkatkanlah ilmu anda dan janganlah biarkan oleh menilai anda dengan nilai terendah. Setiap masalah perlu diselesaikan dengan cara kajian menyeluruh, ini kerana kebijaksanaan anda akan dihargai dan orang akan ingat sampai mati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *