Perlis Bakal Dibimbing oleh Dollah Salleh?

dollah

Setelah Yusri Che Lah Ketua jurulatih yang membawa Perlis kembali ke liga Perdana pada musim 2016 meninggalkan pasukan. Teka teki mengenai siapa yang bakal membimbing pasukan Perlis terus menjadi tanda tanya. Nama seperti Dollah Salleh, Malek Rahman dan Talib Sulaiman mula disebut sebut.

Siapa sahaja yang bakal membimbing pastinya akan berdepan situasi yang getir dalam membentuk sebuah pasukan yang baru selepas hampir 80% pemain yang bermain pada musim ini meninggalkan pasukan. Selain itu juga jika barisan pengurusan masih belum mengupgradekan sistem pengurusan mungkin akan memberi kesan yang besar apabila liga diswastakan secara total.

Teka-teki ini akan terjawab pada 21 November ini

Kejayaan skuad kendalian Lim Teong Kim baru permulaan

KUALA LUMPUR: Kejayaan skuad bimbingan jurulatih Lim Teong Kim menjuarai Piala Iber 2015 di Estoril, Portugal hanya permulaan kebangkitan sukan bola sepak negara. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata beliau tidak mahu pemain remaja bawah 13 tahun itu hilang fokus dengan publisiti yang diperoleh menerusi kejayaan mereka.
“Kejayaan mereka adalah hasil daripada pelaksanaan program pembangunan bola sepak negara yang baru setahun dilaksanakan. Mereka perlu mengekalkan corak permainan yang teratur, kemas dan berkesan sehingga mereka dewasa,” katanya kepada pemberita.
Pasukan bola sepak bawah 13 tahun negara menewaskan pasukan Sporting Lisbon dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan akhir piala itu pada Sabtu lalu. Piala Iber adalah antara kejohanan bola sepak peringkat belia paling berprestij di dunia dan kejohanan yang disertai skuad bawah 13 tahun negara dalam siri jelajah Eropah. – BERNAMA

Kejutan Malaysia Hanya Sampai Ke Suku Akhir

Hasrat Pasukan Malaysia untuk terus membuat kejutan di Kejohanan Liga Hoki Dunia musnah apabila tewas 2-0. Bagi peminat ia sebuah persembahan yang baik namun Belgium lebih tajam berbanding pasukan negara kita. Namun semangat juang yang dipersembahkan amat membanggakan.