Liga Premier : Perlis Lawan UiTM FC

Perlawanan kedua ini agak menarik dimana kedua pasukan masih dibuai dengan kemenangan besar pada perlawanan pembukaan pada jumaat lalu. Ketajaman penyerang kedua pasukan pastinya menjadi tarikan pada perlawanan ini.

Namun bagi SUN, perlawanan ini akan menguji kepintaran pemain tengah perlis untuk mengatur gerakan dan serangan yang menarik. Ini kerana pada perlawanan terdahulu pada separuh masa kedua perlis kelihatan buntu untuk mengatur serangan, selain persefahaman dan kepantasan pemain pertahanan perlis Afif dan Obina juga akan diuji pada game ini.

Ramalan Sotong masak merah : Seri 1-1

#PERLISvUiTM #kitajuara

Perlis 6 -1 ATM

Tahniah pasukan Perlis dengan kemenangan pertama pada perlawanan pembukaan 2016 ini. 6 jaringan berbalas 1 merupakan satu langkah kanan kepada pasukan Perlis. Separuh masa pertama menyaksikan perlis menggunakan peluang sebaik mungkin ke atas ATM yang gagal menyesuaikan diri dengan perlawanan pertama ini. Namun pada separuh masa kedua Perlis mengendurkan serangan dan ATM berjaya mencuri satu gol di Stadium Tuanku Syed Putra.

Liga Premier: Perlis Lawan ATM

#PERLISvATM : Perlawanan pertama ini bagi menguji kekuatan sebenar pasukan perlis yang baru dibentuk. Mengharungi perlawanan Pra Musim 2016 dengan 2 kemenangan 1 Seri dan 2 kali tewas, masih belum cukup menguji kekuatan dan keserasian yang sebenar. Ini kerana perlawanan yang dilalui kurang kompetitif. Apapun harapan penyokong adalah kemenangan ditempat sendiri pada perlawanan pertama. Pemain perlu cepat menyesuaikan diri dengan perlawanan. Perasaan gugup perlu diatasi dengan segera, Ramalan malam ini Perlis 1 -ATM 0

Bukan Alasan

Kangar: Alasan seperti kurang perlawanan kompetitif dan prestasi tidak menentu sepanjang beberapa siri perlawanan persahabatan yang diharungi bukan masalah besar dalam usaha memantapkan keserasian pasukan Perlis untuk menghadapi Liga Perdana 2016 yang akan bermula pada 12 Februari ini.

Sepanjang tiga perlawanan persahabatan lalu, anak buah jurulatih Dollah Salleh itu hanya menang sekali ketika menentang kelab Divisyen Dua Liga Wilayah Selatan Thailand, Hatyai FC 6-0, seri tanpa jaringan dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) dan tewas 0-1 kepada Pulau Pinang.

Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) Datuk Rozabil Abd Rahman berkata, perlawanan persahabatan sebelum ini diadakan untuk memberi pendedahan pemain.

“Saya tidak rasa kita bukan tiada langsung perlawanan pramusim. Apa yang saya harap, tiga perlawanan itu memberi pendedahan kepada pemain untuk membentuk pasukan mantap sebelum perlawanan pertama musim Liga Perdana 2016, tidak lama lagi.

“Persiapan perlawanan pramusim kami cuma bermula agak lewat berikutan beberapa pemain import gagal berada pada masa ditetapkan namun berdasarkan prestasi semasa kita percaya mereka akan dapat keserasian sebelum bermula perlawanan pertama menentang Angkatan Tentera Malaysia nanti,” katanya. Continue reading…