Piala FA 2016 : Perlis Lawan Felcra FC

Pastinya pasukan perlis ingin memadamkan rasa kecewa selepas tewas kepada pasukan UiTM tempoh hari. Sewajarnya pengendali Dollah Salleh akan mengemaskan  ruang ruang kelemahan yang menjadi punca kepada kekalahan yang lalu. Felcra dengan kekuatan pemain muda pastinya akan memberikan satu saingan yang sukar. Jika berdasarkan rekod hampir kesemua pemain Felcra merupakan pemain yang membawa perlis kembali kepada liga premier.

Apapun kreativiti pemain tengah amat ditagih untuk merancang dan mebuat gerakan bagi mengecewakan Felcra.

Liga Premier 2016 : Perlis 0 – 1 UiTM

Hasrat untuk meneruskan rentak kemenangan tidak kesampaian. Tewas 0-1, ketajaman purishkin mengecewakan hampir 7000 orang peminat perlis yang memenuhi stadium sejak jam 8 malam. Nyata pengalaman saja tidak cukup dalam mengharungi liga. Kegagalan menguasai bahagian tengah dan ketangkasan penjaga gol kebangsaan krygyzstan Pavel Matsyash nyata menafikan serangan serangan berbahaya pasukan perlis.

Tidak perlu bangga menang 6-1

KEMENANGAN besar Singa Utara membaham Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 6-1 pada aksi pembukaan Liga Perdana 2016 bukanlah kejayaan yang perlu dibanggakan sebaliknya sekadar aksi pemanas ‘enjin’.

Jurulatih Perlis, Dollah Salleh berkata, meskipun Perlis menang bergaya dalam pertembungan sulung musim ini namun pemain harus sedar bahawa ATM bukan pesaing setaraf.

“ATM dalam keadaan porak peranda sekarang ini dengan pelbagai kerencaman masalah pengurusan, pemain, kewangan pastinya aksi yang dipamerkan bukanlah saingan terbaik.

“Oleh itu kemenangan mudah Perlis di Stadium Tuanku Syed Putra kelmarin bukan habuan terbaik, saya harap kejayaan besar itu hanyalah penyuntik semangat pemain bukannya peluang untuk pasukan mendabik dada dan terlalu yakin diri,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut bekas jurulatih skuad kebangsaan, pasukan Singa Utara usah leka dibuai pujian sebaliknya fokus memburu kejayaan dalam saingan seterusnya.

“Kemenangan pertama ini tidak ada apa-apa untuk dibanggakan, kita belum jumpa pasukan saingan yang sedarjat.

“Skuad Singa Utara belum buktikan apa-apa, saya takut letak harapan tinggi nanti mereka over confidence, masalah juga. Kita belum dapat tentangan, ingat tu,” katanya.

Bagaimanapun, Dollah berharap pertembungan Isnin ini menentang UiTM FC dapat melihat kemampuan sebenar skuad kendaliannya ibarat ‘buku bertemu ruas’.

Sumber : Sinar Harian