Singa Utara idam Akhyar pula

KUALA LUMPUR: Saham pemain muda negara, Akhyar Rashid ketika ini memang tinggi apabila dia turut menarik minat Perlis bagi menghadapi saingan musim depan.

Sebelum ini, hanya Johor Darul Ta’zim (JDT) begitu berminat terhadap pemain itu namun sejak semalam, penyokong tempatan turut mendapat perkhabaran Selangor juga sedia bersaing dengan Harimau Selatan untuk mengikat Akhyar.

Bagaimanapun, menerusi laman sosial Facebook Perlis, NorthernLions Perlis, Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) sedia memulakan rundingan dengan Akhyar dalam misi memperkukuhkan skuad Biru Kuning.

Continue reading…

ISU GAJI, MAJIKAN PERLU SERIUS

PFAM ingin mengingatkan kepada pasukan-pasukan yang masih mempunyai tunggakan gaji, untuk mengambil serius soal pembayaran hutang kepada para pemain.

PFAM melihat, pasukan-pasukan yang berhutang masih lagi tidak mengambil apa-apa inisiatif untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain, namun ironinya sangat rancak dalam menandatangani pemain-pemain baru termasuklah pemain import bagi saingan musim hadapan. Perkara ini merupakan suatu perkara yang amat memalukan dan sangat dikesali, terutamanya bila mengenangkan para pemain yang semakin terhimpit dengan hutang dan keterdesakan hidup akibat hilang punca pendapatan.

Continue reading…

Safee Sali Bakal Menyarung Jersi Sang Singa?

Minggu ini menyaksikan pasukan Perlis mula memaparkan pemain pemain yang bakal menggalas cabaran untuk 2019. Walaupun masih kabur liga mana yang bakal disaingi, namun pasukan singa utara masih berjaya untuk mendapatkan pemain yang bertaraf bintang.

Safee sali kini dikhabarkan bakal menyarung jersi singa utara selepas Perlis berjaya mengikat kapten kesayangan pasukan Kelantan dengan menandatangani kontrak bersama Singa Utara. Pemain berusia 34 tahun ini dilihat hampir 80% bakal menyertai pasukan yang baru diberi nafas baru.

Jika dilihat prestasi 2018 semasa Safee di PKNS, ditelah membuat 29 penampilan keseluruhan disemua kejohanan bersama PKNS, dan berjaya mencetak 8 gol. Namun secara keseluruhan prestasi Safee telah melepasi kemuncak kerjayanya. Mungkin pengendali Manzoor mempunyai perancangan yang tersendiri apabila mengikat beberapa pemain yang agak berusia.

Apapun diharapkan dengan kehadiran Safee akan mengulangi sejarah terdahulu sepertimana yang dilakukan oleh Nizaruddin Yusof. Dimana pemain tersebut berjaya memperoleh rentak dan kembali ke prestasi terbaiknya selepas bersama pasukan Perlis.

Apapun kita tunggu pengumuman minggu ni

Sembang Pandai : Cabaran Pasukan Perlis

Minggu ni peminat bola sepak Perlis dikejutkan lagi dengan tindakan drastik pengurusan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) menagih bantuan kewangan dari peminat dan masyarakat Perlis. Banyak kritikan dari pelbagai pihak yang memperlekehkan dan merendahkan tindakan pengurusan. Malah seorang pemimpin negeri mencadangkan agar membubarkan terus persatuan! Walaubagaimana pun pengurusan mempunyai alasan mereka yang tersendiri.

Jelasnya yang menerima kesan yang serius adalah kepada pemain dan pengurusan pasukan. Mata pencarian mereka bergantung kepada persatuan. Bagi aku satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin negeri amat menunjukkan kelemahannya dalam menangani isu sukan negeri perlis. sangat lekeh pemimpin sebegitu. Sepatutnya keadaan yang dihadapi oleh persatuan perlukan satu solusi yang sangat tepat dan tidak akan menganiaya mana mana pihak. Continue reading…