Negeri Sembilan mudah jinak Perlis di Paroi

Negeri Sembilan mudah jinak Perlis di Paroi

SEREMBAN: Negeri Sembilan menjinakkan Perlis, 3-1, dalam saingan Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, malam tadi, yang diganggu masalah lampu limpah padam. Pasukan bimbingan Gary Michael Phillips memperoleh gol pertama menerusi Alexander Smith pada minit ke-37, sebelum kelebihan itu ditambah dua minit kemudian menerusi Taylor Regan untuk kedudukan 2-0.

Perlis merapatkan kedudukan dua minit sebelum wisel penamat separuh masa pertama menerusi Edward Junior Wilson untuk kedudukan 2-1. Negeri Sembilan kemudian berjaya melebarkan lagi jurang gol menerusi ayam tambatan pasukan itu, Joel Chianese pada minit ke-68 untuk kedudukan 3-1. Kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil Teoh Hee Loon untuk sekali gus membolehkan skuad Hoben Jang Hoben menebus kekecewaan ke atas pasukan sama sebelum ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/146532

Leave a Reply