Kejayaan skuad kendalian Lim Teong Kim baru permulaan

KUALA LUMPUR: Kejayaan skuad bimbingan jurulatih Lim Teong Kim menjuarai Piala Iber 2015 di Estoril, Portugal hanya permulaan kebangkitan sukan bola sepak negara. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata beliau tidak mahu pemain remaja bawah 13 tahun itu hilang fokus dengan publisiti yang diperoleh menerusi kejayaan mereka.
“Kejayaan mereka adalah hasil daripada pelaksanaan program pembangunan bola sepak negara yang baru setahun dilaksanakan. Mereka perlu mengekalkan corak permainan yang teratur, kemas dan berkesan sehingga mereka dewasa,” katanya kepada pemberita.
Pasukan bola sepak bawah 13 tahun negara menewaskan pasukan Sporting Lisbon dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan akhir piala itu pada Sabtu lalu. Piala Iber adalah antara kejohanan bola sepak peringkat belia paling berprestij di dunia dan kejohanan yang disertai skuad bawah 13 tahun negara dalam siri jelajah Eropah. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *