Info SUN

Laman web Singa Utara diwujudkan sejak dari tahun 2002. Dimana laman web ini berfungsi untuk berkongsi maklumat mengenai bola sepak di negeri Perlis dimana peminatnya berada diseluruh pelusuk negara.

Bermula dengan laman berbentuk forum di free invisionboard yang kemudiannya di letakkan dalam satu hosting dan domain yang lebih baik iaitu singautara.com pada tahun 2003-2004, namun disebabkan teknikal nama singautara.com tidak dapat digunakan dan pendaftaran singautara.net telah dibuat pada tahun 2005 dan kekal hingga kini.

Secara umumnya laman web ini telah mengalami pelbagai perkembangan dan kini ianya dikembangkan dalam aplikasi sosial seperti facebook dan youtube. Seiring dengan perkembangan teknologi sekarang.

Sebarang info mengenai Singautara.net boleh diemelkan di webmaster@singautara.net