Piala FA 2016 : Perlis FA Lawan Kuala Lumpur FA

Perlawanan Pusingan ke 3 yang menemukan Perlis FA dengan Kuala Lumpur merupakan satu pertembungan yang baik. Perlis yang menang tipis pada pusingan pertama kelihatan agak struggle pada perlawanan ini dengan kehilangan tonggak dibahagian tengah. Kuala Lumpur pula mempunyai rekod yang baik di gelanggang lawan.

SUN menjangkakan perlis mampu mengharungi perlawanan ini dengan baik. Ramalan Perlis 2 – Kuala Lumpur 1

Piala FA 2016 : Perlis Lawan Felcra FC

Pastinya pasukan perlis ingin memadamkan rasa kecewa selepas tewas kepada pasukan UiTM tempoh hari. Sewajarnya pengendali Dollah Salleh akan mengemaskan  ruang ruang kelemahan yang menjadi punca kepada kekalahan yang lalu. Felcra dengan kekuatan pemain muda pastinya akan memberikan satu saingan yang sukar. Jika berdasarkan rekod hampir kesemua pemain Felcra merupakan pemain yang membawa perlis kembali kepada liga premier.

Apapun kreativiti pemain tengah amat ditagih untuk merancang dan mebuat gerakan bagi mengecewakan Felcra.

Piala FA : Undian Piala FA 2016

12507668_1167832196577431_7925751653863910800_n

Piala Fa 2016 ini menyaksikan Perlis akan menunggu Pemenang diantara Penjara FC atau Felcra FC. Jika ditakdirkan bertemu Felcra FC, ianya pasti menjadi sebuah perlawanan yang dinantikan. Ini kerana hampir kesebelasan utama Felcra merupakan antara pemain yang bertanggungjawab membawa pasukan Perlis kembali bersaing dalam Liga Premier pada tahun ini.