Negeri Sembilan mudah jinak Perlis di Paroi

SEREMBAN: Negeri Sembilan menjinakkan Perlis, 3-1, dalam saingan Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, malam tadi, yang diganggu masalah lampu limpah padam. Pasukan bimbingan Gary Michael Phillips memperoleh gol pertama menerusi Alexander Smith pada minit ke-37, sebelum kelebihan itu ditambah dua minit kemudian menerusi Taylor Regan untuk kedudukan 2-0.

Continue reading…

Dollah kecewa Perlis gagal kutip 3 mata

KESILAPAN membenarkan lawan menghasilkan gol di awal perlawanan jelas mengecewakan jurulatih Perlis, Dollah Salleh yang terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 dengan Kuala Lumpur, petang tadi.

Lebih memeritkan ketika pasukannya banyak mengasak kubu lawan dalam 10 minit pertama, kesilapan pemainnya pantas dihukum Mohd Rashid Mohd Aya seawal minit ketujuh.

“Saya agak kecewa kerana pemain membuat sedikit kesilapan sehingga pasukan lawan berjaya menjaringkan gol awal, sedangkan kami yang lebih banyak menyerang,” katanya yang ditemui selepas perlawanan di Stadium Tuanku Syed Putra, di sini. Continue reading…

Liga Premier 2016 : Perlis Lawan Kuantan FA

Perlawanan ke 4 yang menemukan perlis dan kuantan. Walaupun diatas kertas perlis masih dilihat sebuah pasukan yang mantap namun kehilangan pemain tonggak dibahagian tengah pasti dirasai oleh perlis yang ketika ini dilihat kekurangan paling kritikal.

Namun harap pemain yang mengisi perlu mengunakan peluang untuk menonjol dan membuktikan kewibawaan mereka.

Ramalan 1-0

Liga Premier 2016 : Perlis 0 – 1 UiTM

Hasrat untuk meneruskan rentak kemenangan tidak kesampaian. Tewas 0-1, ketajaman purishkin mengecewakan hampir 7000 orang peminat perlis yang memenuhi stadium sejak jam 8 malam. Nyata pengalaman saja tidak cukup dalam mengharungi liga. Kegagalan menguasai bahagian tengah dan ketangkasan penjaga gol kebangsaan krygyzstan Pavel Matsyash nyata menafikan serangan serangan berbahaya pasukan perlis.

Liga Premier : Perlis Lawan UiTM FC

Perlawanan kedua ini agak menarik dimana kedua pasukan masih dibuai dengan kemenangan besar pada perlawanan pembukaan pada jumaat lalu. Ketajaman penyerang kedua pasukan pastinya menjadi tarikan pada perlawanan ini.

Namun bagi SUN, perlawanan ini akan menguji kepintaran pemain tengah perlis untuk mengatur gerakan dan serangan yang menarik. Ini kerana pada perlawanan terdahulu pada separuh masa kedua perlis kelihatan buntu untuk mengatur serangan, selain persefahaman dan kepantasan pemain pertahanan perlis Afif dan Obina juga akan diuji pada game ini.

Ramalan Sotong masak merah : Seri 1-1

#PERLISvUiTM #kitajuara