Bukan Alasan

Kangar: Alasan seperti kurang perlawanan kompetitif dan prestasi tidak menentu sepanjang beberapa siri perlawanan persahabatan yang diharungi bukan masalah besar dalam usaha memantapkan keserasian pasukan Perlis untuk menghadapi Liga Perdana 2016 yang akan bermula pada 12 Februari ini.

Sepanjang tiga perlawanan persahabatan lalu, anak buah jurulatih Dollah Salleh itu hanya menang sekali ketika menentang kelab Divisyen Dua Liga Wilayah Selatan Thailand, Hatyai FC 6-0, seri tanpa jaringan dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) dan tewas 0-1 kepada Pulau Pinang.

Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) Datuk Rozabil Abd Rahman berkata, perlawanan persahabatan sebelum ini diadakan untuk memberi pendedahan pemain.

“Saya tidak rasa kita bukan tiada langsung perlawanan pramusim. Apa yang saya harap, tiga perlawanan itu memberi pendedahan kepada pemain untuk membentuk pasukan mantap sebelum perlawanan pertama musim Liga Perdana 2016, tidak lama lagi.

“Persiapan perlawanan pramusim kami cuma bermula agak lewat berikutan beberapa pemain import gagal berada pada masa ditetapkan namun berdasarkan prestasi semasa kita percaya mereka akan dapat keserasian sebelum bermula perlawanan pertama menentang Angkatan Tentera Malaysia nanti,” katanya. Continue reading…

AFIF NAFI DIRINYA ‘ANAK EMAS’ DOLLAH

Pertahanan Perlis, Mohd Afif Amiruddin menafikan dirinya ‘anak emas’ Dollah Salleh sekalipun akui penghijrahannya ke skuad Singa Utara kerana faktor bekas jurulatih negara itu.
Afif mula mengukir nama di pentas bola sepak tanah air ketika Dollah membimbing PDRM pada 2014.

Menjadi tunjang utama kejayaan The Cops ke Liga Super, pertahanan kelahiran Kelantan ini turut mendapat tempat dalam skuad kebangsaan kendalian Dollah.

Seperti tidak boleh dipisahkan, Afif terus berada di bawah bimbingan jurulatih berusia 53 tahun itu untuk cabaran Liga Perdana 2016. Continue reading…

TIADA TIKET VIP BAGI PEMAIN BAHARU PERLIS – DOLLAH SALLEH

Jurulatih Perlis, Dollah Salleh menegaskan penghijrahan beramai-ramai bekas pemain PDRM ke Perlis bukan atas tiket ‘VIP’ sebaliknya tetap diuji menerusi sesi pemilihan.
Skuad Singa Utara musim ini berwajah baru dengan kehadiran pemain dari pasukan berbeza musim lalu.

Tujuh daripadanya bekas pemain PDRM Afif Amiruddin, Arman Fareez Ali, Saiful Amar Sudar, V. Thirumurugan, Fauzi Abd Majid, Alafi Mahmud dan Mohamadou Sumareh.

Kembali bergandingan bersama Dollah, ketujuh-tujuh pemain itu dipilih bukan berdasarkan status anak buahnya sebelum ini.

“Bukan saya yang panggil dan serapkan mereka terus. Mereka datang atas minat sendiri dan saya membuat keputusan.

“Kemudian. saya memberitahu pemain-pemain PDRM itu, sekiranya mereka terpilih mewakili Perlis maka mereka tidak akan diberi tempat kesebelasan utama secara automatik,” kata Dollah. Continue reading…

Amaran PFAM: Desak pasukan terlibat bayar gaji tertunggak

PERSATUAN Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) mendesak beberapa pasukan supaya segera menyelesaikan gaji tertunggak kepada pemain mereka sebelum Liga Malaysia bermula Februari ini.

Perkara itu disuarakan Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail yang menjelaskan anggaran gaji tertunggak pemain sudah mencecah RM 4.47 juta.

“Ia melibatkan dua pasukan dalam Liga Super, tiga pasukan dalam Liga Perdana dan dua pasukan dalam Liga FAM.

“Jumlah tunggakan tersebut amat tinggi dan memberikan ketidakadilan kepada pemain yang tidak mendapat hak mereka. Yang menimbulkan kekesalan adalah terdapat pasukan yang mampu membeli pemain lain, tetapi tidak mahu bayar gaji pemain sebelumnya,” katanya, semalam. Continue reading…

Dollah bayangkan Perlis laluan berliku

KETUA Jurulatih Perlis, Dollah Salleh membayangkan pasukannya bakal menghadapi rintangan berliku dalam saingan Liga Perdana bermula pertengahan bulan depan.

Katanya, kebimbangannya kerana tahap kecergasan dan kekuatan fizikal pemain belum memuaskan selepas seminggu berlatih kerana aspek ini sangat penting untuk memastikan Perlis mara lebih jauh.

“Justeru, saya terpaksa memperkenalkan corak agak keras untuk memantapkan pasukan ini walaupun beberapa pemain didapati tidak dapat mengikutinya dengan memuaskan. Continue reading…