Sembang Pandai : Pemain Bola Yang Cerdik 50 Terkehadapan Atau ke….

Rasanya baru ja dicuit dengan keluhan rasa dari pemilik sebuah kelab, banyak pemain yang tercedera akibat national call up. Masing masing menunding jari untuk memberitahu teknik dan taktikal yang ortodok yang masih digunapakai disebuah negara yang maju dari segi kemudahan dan pengajuran. Hasil keluh rasa tersebut, telah disambut oleh 2 pemain dari kelab tersebut. 2 tonggak tersebut mengumumkan persaraan mereka dari skuad kebangsaan. Tahniah dan terima kasih atas sumbangan tenaga mereka dalam menaikkan nama negara hingga menggembirakan segenap negara suatu masa dulu.

Namun sedikit pelik tindakan mereka ini, adakah benar benar mereka mahu bersara dari skuad kebangsaan . adakah kerana kecewa dengan sistem pengurusan skuad negara atau hanya menuruti arahan majikan mereka. Isu kecederaan ini bukan setakat dihadapi oleh negara kita saja, negara yang selalu peluk cium piala dunia pun hadapinya juga. Serius pelik pemain malaysia, punca kecederaan dijadikan alasan, sedangkan punca kecederaan mai dari pelbagai arah terutamanya dari diri sendiri. Kegagalan untuk menyediakan fitness diri pada kedudukan sepatutnya bukan setakat datang dari inisiatiff kelab atau negara. Korang sendiri la kena invest, upah personal fitness trainer. Pada benda material seperti kereta, moto WAG kita sanggup invest puluhan ribu tapi untuk kerjaya hmmm.

Kalau kita dah fikir masak masak untuk bersara buat apa pi join makan angin dengan skuad negara pi bulan lepas. Tak ka tuh akan mengganggu perancangan team. Memang la usia tonggak tersebut macam usia messi. Tapi messi bersara sebab tak capai KPI diri dia, yang orang malaysia ni, nak pencen sebab apa?, kalau ya pon tunggu lepas mana-mana kejohanan bagi penuhi KPI negara dulu. Kot belah mana pon negara banyak invest untuk bawa pemain sampai ke tahap yang sekarang. Jangan lupa tu.

Apa pun keputusan terima kasih dan selamat maju jaya.

Negeri Sembilan mudah jinak Perlis di Paroi

SEREMBAN: Negeri Sembilan menjinakkan Perlis, 3-1, dalam saingan Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, malam tadi, yang diganggu masalah lampu limpah padam. Pasukan bimbingan Gary Michael Phillips memperoleh gol pertama menerusi Alexander Smith pada minit ke-37, sebelum kelebihan itu ditambah dua minit kemudian menerusi Taylor Regan untuk kedudukan 2-0.

Continue reading…

Dollah kecewa Perlis gagal kutip 3 mata

KESILAPAN membenarkan lawan menghasilkan gol di awal perlawanan jelas mengecewakan jurulatih Perlis, Dollah Salleh yang terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 dengan Kuala Lumpur, petang tadi.

Lebih memeritkan ketika pasukannya banyak mengasak kubu lawan dalam 10 minit pertama, kesilapan pemainnya pantas dihukum Mohd Rashid Mohd Aya seawal minit ketujuh.

“Saya agak kecewa kerana pemain membuat sedikit kesilapan sehingga pasukan lawan berjaya menjaringkan gol awal, sedangkan kami yang lebih banyak menyerang,” katanya yang ditemui selepas perlawanan di Stadium Tuanku Syed Putra, di sini. Continue reading…

Sembang Pandai : Perlis Kian Lesu?

Skuad termahal dalam sejarah bola sepak Perlis, kini berada di episod yang duka. Pasti ramai yang mula membuka kata, pedas keras tentang kemampuan untuk bersaing dalam liga premier. Diatas kertas Perlis dilihat sebagai pilihan, namun selepas mengharungi 7 perlawanan liga, dan 2 perlawanan piala FA, nyata pasti ramai tertanya-tanya jadi begini.

Hanya 1 seri dan 3 kekalahan bagi 4 perlawanan terakhir, apa sudah jadi? Rehat panjang menjadi peluang atau menjadi punca prestasi merudum?

Atau ada tangan pengatur jawapan bagi setiap perlawanan? Continue reading…

Tidak perlu bangga menang 6-1

KEMENANGAN besar Singa Utara membaham Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 6-1 pada aksi pembukaan Liga Perdana 2016 bukanlah kejayaan yang perlu dibanggakan sebaliknya sekadar aksi pemanas ‘enjin’.

Jurulatih Perlis, Dollah Salleh berkata, meskipun Perlis menang bergaya dalam pertembungan sulung musim ini namun pemain harus sedar bahawa ATM bukan pesaing setaraf.

“ATM dalam keadaan porak peranda sekarang ini dengan pelbagai kerencaman masalah pengurusan, pemain, kewangan pastinya aksi yang dipamerkan bukanlah saingan terbaik.

“Oleh itu kemenangan mudah Perlis di Stadium Tuanku Syed Putra kelmarin bukan habuan terbaik, saya harap kejayaan besar itu hanyalah penyuntik semangat pemain bukannya peluang untuk pasukan mendabik dada dan terlalu yakin diri,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut bekas jurulatih skuad kebangsaan, pasukan Singa Utara usah leka dibuai pujian sebaliknya fokus memburu kejayaan dalam saingan seterusnya.

“Kemenangan pertama ini tidak ada apa-apa untuk dibanggakan, kita belum jumpa pasukan saingan yang sedarjat.

“Skuad Singa Utara belum buktikan apa-apa, saya takut letak harapan tinggi nanti mereka over confidence, masalah juga. Kita belum dapat tentangan, ingat tu,” katanya.

Bagaimanapun, Dollah berharap pertembungan Isnin ini menentang UiTM FC dapat melihat kemampuan sebenar skuad kendaliannya ibarat ‘buku bertemu ruas’.

Sumber : Sinar Harian