Sembang Pandai : Perlis Kian Lesu?

Skuad termahal dalam sejarah bola sepak Perlis, kini berada di episod yang duka. Pasti ramai yang mula membuka kata, pedas keras tentang kemampuan untuk bersaing dalam liga premier. Diatas kertas Perlis dilihat sebagai pilihan, namun selepas mengharungi 7 perlawanan liga, dan 2 perlawanan piala FA, nyata pasti ramai tertanya-tanya jadi begini.

Hanya 1 seri dan 3 kekalahan bagi 4 perlawanan terakhir, apa sudah jadi? Rehat panjang menjadi peluang atau menjadi punca prestasi merudum?

Atau ada tangan pengatur jawapan bagi setiap perlawanan? Continue reading…

Tidak perlu bangga menang 6-1

KEMENANGAN besar Singa Utara membaham Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 6-1 pada aksi pembukaan Liga Perdana 2016 bukanlah kejayaan yang perlu dibanggakan sebaliknya sekadar aksi pemanas ‘enjin’.

Jurulatih Perlis, Dollah Salleh berkata, meskipun Perlis menang bergaya dalam pertembungan sulung musim ini namun pemain harus sedar bahawa ATM bukan pesaing setaraf.

“ATM dalam keadaan porak peranda sekarang ini dengan pelbagai kerencaman masalah pengurusan, pemain, kewangan pastinya aksi yang dipamerkan bukanlah saingan terbaik.

“Oleh itu kemenangan mudah Perlis di Stadium Tuanku Syed Putra kelmarin bukan habuan terbaik, saya harap kejayaan besar itu hanyalah penyuntik semangat pemain bukannya peluang untuk pasukan mendabik dada dan terlalu yakin diri,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut bekas jurulatih skuad kebangsaan, pasukan Singa Utara usah leka dibuai pujian sebaliknya fokus memburu kejayaan dalam saingan seterusnya.

“Kemenangan pertama ini tidak ada apa-apa untuk dibanggakan, kita belum jumpa pasukan saingan yang sedarjat.

“Skuad Singa Utara belum buktikan apa-apa, saya takut letak harapan tinggi nanti mereka over confidence, masalah juga. Kita belum dapat tentangan, ingat tu,” katanya.

Bagaimanapun, Dollah berharap pertembungan Isnin ini menentang UiTM FC dapat melihat kemampuan sebenar skuad kendaliannya ibarat ‘buku bertemu ruas’.

Sumber : Sinar Harian

Bukan Alasan

Kangar: Alasan seperti kurang perlawanan kompetitif dan prestasi tidak menentu sepanjang beberapa siri perlawanan persahabatan yang diharungi bukan masalah besar dalam usaha memantapkan keserasian pasukan Perlis untuk menghadapi Liga Perdana 2016 yang akan bermula pada 12 Februari ini.

Sepanjang tiga perlawanan persahabatan lalu, anak buah jurulatih Dollah Salleh itu hanya menang sekali ketika menentang kelab Divisyen Dua Liga Wilayah Selatan Thailand, Hatyai FC 6-0, seri tanpa jaringan dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) dan tewas 0-1 kepada Pulau Pinang.

Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) Datuk Rozabil Abd Rahman berkata, perlawanan persahabatan sebelum ini diadakan untuk memberi pendedahan pemain.

“Saya tidak rasa kita bukan tiada langsung perlawanan pramusim. Apa yang saya harap, tiga perlawanan itu memberi pendedahan kepada pemain untuk membentuk pasukan mantap sebelum perlawanan pertama musim Liga Perdana 2016, tidak lama lagi.

“Persiapan perlawanan pramusim kami cuma bermula agak lewat berikutan beberapa pemain import gagal berada pada masa ditetapkan namun berdasarkan prestasi semasa kita percaya mereka akan dapat keserasian sebelum bermula perlawanan pertama menentang Angkatan Tentera Malaysia nanti,” katanya. Continue reading…

AFIF NAFI DIRINYA ‘ANAK EMAS’ DOLLAH

Pertahanan Perlis, Mohd Afif Amiruddin menafikan dirinya ‘anak emas’ Dollah Salleh sekalipun akui penghijrahannya ke skuad Singa Utara kerana faktor bekas jurulatih negara itu.
Afif mula mengukir nama di pentas bola sepak tanah air ketika Dollah membimbing PDRM pada 2014.

Menjadi tunjang utama kejayaan The Cops ke Liga Super, pertahanan kelahiran Kelantan ini turut mendapat tempat dalam skuad kebangsaan kendalian Dollah.

Seperti tidak boleh dipisahkan, Afif terus berada di bawah bimbingan jurulatih berusia 53 tahun itu untuk cabaran Liga Perdana 2016. Continue reading…

TIADA TIKET VIP BAGI PEMAIN BAHARU PERLIS – DOLLAH SALLEH

Jurulatih Perlis, Dollah Salleh menegaskan penghijrahan beramai-ramai bekas pemain PDRM ke Perlis bukan atas tiket ‘VIP’ sebaliknya tetap diuji menerusi sesi pemilihan.
Skuad Singa Utara musim ini berwajah baru dengan kehadiran pemain dari pasukan berbeza musim lalu.

Tujuh daripadanya bekas pemain PDRM Afif Amiruddin, Arman Fareez Ali, Saiful Amar Sudar, V. Thirumurugan, Fauzi Abd Majid, Alafi Mahmud dan Mohamadou Sumareh.

Kembali bergandingan bersama Dollah, ketujuh-tujuh pemain itu dipilih bukan berdasarkan status anak buahnya sebelum ini.

“Bukan saya yang panggil dan serapkan mereka terus. Mereka datang atas minat sendiri dan saya membuat keputusan.

“Kemudian. saya memberitahu pemain-pemain PDRM itu, sekiranya mereka terpilih mewakili Perlis maka mereka tidak akan diberi tempat kesebelasan utama secara automatik,” kata Dollah. Continue reading…