Perlis Di Pinggirkan : FAM Hanya Selesaikan Tunggakkan Gaji 8 Pasukan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini ingin mengumumkan bahawa tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi lima pasukan Liga Malaysia yang berjumlah RM1,178,600 telah pun diselesaikan menggunakan wang deposit dan lain-lain wang yang dipegang oleh Persatuan ini.

Tunggakan bagi pasukan PDRM telah pun dikreditkan terus ke akaun individu yang terlibat pada 19 Februari 2019, bagi pasukan Felcra FC, MOF FC dan DBKL FC pada Selasa lalu, 5 Mac 2019 dan bagi pasukan Terengganu City FC pada hari ini, 7 Mac 2019.

Sementara tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi tiga lagi pasukan iaitu Felda United, Hanelang FC dan Marcerra United yang berjumlah RM1,339,359.40 sedang dalam proses pembayaran dan dijangka dapat dikreditkan terus ke akaun individu yang terlibat dalam beberapa minggu lagi.

Continue reading…

PFA Diminta Kemuka Bukti Kewangan

Malaysian Football League (MFL) telah meminta Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) mengemukakan bukti dokumen kedudukan kewangan wakil dari Utara itu pada 15 Februari ini.

Perkara itu sudah dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam yang mengadakan pertemuan dengan Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan gambaran sebenar kemelut yang melanda PFA.

PFA dilaporkan sedang mengalami masalah kewangan dalam pembayaran gaji pemain musim ini.

Menurut Kevin, segala bukti dokumen itu akan diserahkan kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL pada tarikh yang sama selain mahu memberikan peluang kepada PFA yang diambil alih pihak pengurusan baharu pada musim ini.

“Kita telah membuat susulan dengan PFA dan kita telah memaklumkan kepada PFA sebagai satu peringatan bahawa 15 Februari ini adalah tarikh di mana kita sebagai sekreteriat akan mengemukakan laporan kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi keadaan semasa PFA untuk tindakan susulan.

“Jadi kita bukan sahaja berdepan isu melibatkan PFA tetapi semua pasukan yang mengalami masalah di dalam proses pendaftaran mereka yang berkait dengan kelewatan dengan bayaran-bayaran sepatutnya.

Continue reading…

PFA tidak halang pemain tinggalkan pasukan, dapatkah Perlis bertahan sehingga akhir musim?

Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Amizal Shaifit Ahmad Rafie berkata pihaknya tidak boleh menghalang sekiranya ada pemain yang membuat keputusan membatalkan kontrak dan meninggalkan pasukan gara-gara isu tunggakan gaji yang sedang membelenggu pasukan itu.

Namun, Amizal Shaifit masih berharap pemain-pemain akan terus bersabar meskipun mengakui pengurusan sudah beberapa kali ‘mungkir janji’.

“Memang kita tidak dapat buat pembayaran seperti dijanjikan dan sudah memaklumkan kepada pemain mengenai kelewatan tersebut, tetapi kita sedang berusaha mencari jalan untuk melunaskan pembayaran gaji kepada mereka.

“Apapun, saya harapkan ini tidak menghalang fokus mereka untuk aksi bertemu UKM FC (pada 3 Februari) kerana ini perlawanan yang penting untuk kita,” ujar Amizal Shaifit.

Continue reading…

Amaran Piya kepada PFA, bagi tempoh hanya satu perlawanan sahaja

Hanya beberapa hari selepas menyatakan keyakinan terhadap pengurusan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Badhri Radzi atau Piya mengesahkan bahawa dia akan meninggalkan pasukan itu jika masih gagal melunaskan gaji pemain-pemain pasukan itu yang kini sudah dua bulan ‘sangkut’.

Menurut Piya, dia sudah letih mendengar pelbagai janji dan alasan yang diberikan pengurusan dan hanya akan memberi masa beberapa hari sahaja lagi kepada PFA untuk menunaikan janji mereka.

“Sudah dua bulan saya bersama Perlis, sehingga kini satu sen pun saya belum terima daripada mereka. Sudah beberapa kali mereka menangguhkan dan terkini, pengurusan berjanji akan membayar pada 3 Februari (Ahad).

“Tapi, Ahad adalah cuti hujung minggu, sebarang urusan bank tidak dapat dijalankan. Selepas itu, kita akan cuti Tahun Baru Cina pula. Jadi, kita tunggu dan lihat.

“Kami, pemain-pemain senior sudah sepakat hanya memberi peluang sehingga perlawanan pertama menentang UKM, malam esok. Jika selepas perlawanan itu keadaan tidak berubah, saya akan angkat kaki. Setakat ini sudah ada pihak yang mahu membantu saya menyertai pasukan lain,” ujar Piya dipetik daripada Labola Malaya.

Continue reading…

YUSRI CHE LAH AKHIRNYA DEDAH RAHSIA: “NILAI SAYA BUKAN RM1 TAPI RM30,000”

Kontroversi melanda Akhyar Rashid ekoran isu tebus kontrak antaranya dengan Kedah turut mengheret nama Yusri Che Lah apabila peminat mengimbas kembali tindakan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) mengenakan bayaran RM1 sahaja sebagai harga perpindahan pemain itu ke kelab MPPJ pada 2006.

Tindakan itu dilihat sengaja dilakukan PFA untuk memalukan Yusri selepas tuntutan mereka sebanyak RM100,000 kepada MPPJ dianggap keterlaluan.

Justeru, ramai penyokong Kedah yang marah dengan tindakan Akhyar meminta Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengikut jejak PFA dengan hanya mengenakan hanya RM1 sebagai syarat melepaskan pemain itu daripada kontrak. Malah, ada yang mencadangkan hanya 50 sen.

Continue reading…