AFIF NAFI DIRINYA ‘ANAK EMAS’ DOLLAH

Pertahanan Perlis, Mohd Afif Amiruddin menafikan dirinya ‘anak emas’ Dollah Salleh sekalipun akui penghijrahannya ke skuad Singa Utara kerana faktor bekas jurulatih negara itu.
Afif mula mengukir nama di pentas bola sepak tanah air ketika Dollah membimbing PDRM pada 2014.

Menjadi tunjang utama kejayaan The Cops ke Liga Super, pertahanan kelahiran Kelantan ini turut mendapat tempat dalam skuad kebangsaan kendalian Dollah.

Seperti tidak boleh dipisahkan, Afif terus berada di bawah bimbingan jurulatih berusia 53 tahun itu untuk cabaran Liga Perdana 2016.

“Saya selesa dengan dia sebab dia buat suasana pasukan menarik, menjadikan pemain-pemain berminat untuk datang berlatih. Saya rasa kami nak buat sesuatu di sini,” kata Afif.

Berbekalkan pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa, kelibat calon kapten ini pastinya ditagih untuk mengemudi benteng akhir skuad Perlis.

Dia bakal digandingkan dengan bekas pertahanan import Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia, Obinna Nwaneri untuk misi layak ke Liga Super.

“Alhamdullillah setakat ini bagus, semuanya berjalan lancar, cuma kita perlukan banyak lagi perlawanan persahabatan. Keserasian masih tiada lagi kerana pasukan baru dibentuk,” tambahnya.

Disiarkan Oleh : http://www.stadiumastro.com/arena/Liga-Perdana-Malaysia/berita/artikel.aspx?id=188084&title=Afif-nafi-dirinya-anak-emas-Dollah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *