YUSRI CHE LAH AKHIRNYA DEDAH RAHSIA: “NILAI SAYA BUKAN RM1 TAPI RM30,000”

Kontroversi melanda Akhyar Rashid ekoran isu tebus kontrak antaranya dengan Kedah turut mengheret nama Yusri Che Lah apabila peminat mengimbas kembali tindakan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) mengenakan bayaran RM1 sahaja sebagai harga perpindahan pemain itu ke kelab MPPJ pada 2006.

Tindakan itu dilihat sengaja dilakukan PFA untuk memalukan Yusri selepas tuntutan mereka sebanyak RM100,000 kepada MPPJ dianggap keterlaluan.

Justeru, ramai penyokong Kedah yang marah dengan tindakan Akhyar meminta Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengikut jejak PFA dengan hanya mengenakan hanya RM1 sebagai syarat melepaskan pemain itu daripada kontrak. Malah, ada yang mencadangkan hanya 50 sen.

Continue reading…

Singa Utara idam Akhyar pula

KUALA LUMPUR: Saham pemain muda negara, Akhyar Rashid ketika ini memang tinggi apabila dia turut menarik minat Perlis bagi menghadapi saingan musim depan.

Sebelum ini, hanya Johor Darul Ta’zim (JDT) begitu berminat terhadap pemain itu namun sejak semalam, penyokong tempatan turut mendapat perkhabaran Selangor juga sedia bersaing dengan Harimau Selatan untuk mengikat Akhyar.

Bagaimanapun, menerusi laman sosial Facebook Perlis, NorthernLions Perlis, Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) sedia memulakan rundingan dengan Akhyar dalam misi memperkukuhkan skuad Biru Kuning.

Continue reading…

ISU GAJI, MAJIKAN PERLU SERIUS

PFAM ingin mengingatkan kepada pasukan-pasukan yang masih mempunyai tunggakan gaji, untuk mengambil serius soal pembayaran hutang kepada para pemain.

PFAM melihat, pasukan-pasukan yang berhutang masih lagi tidak mengambil apa-apa inisiatif untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain, namun ironinya sangat rancak dalam menandatangani pemain-pemain baru termasuklah pemain import bagi saingan musim hadapan. Perkara ini merupakan suatu perkara yang amat memalukan dan sangat dikesali, terutamanya bila mengenangkan para pemain yang semakin terhimpit dengan hutang dan keterdesakan hidup akibat hilang punca pendapatan.

Continue reading…

Safee Sali Bakal Menyarung Jersi Sang Singa?

Minggu ini menyaksikan pasukan Perlis mula memaparkan pemain pemain yang bakal menggalas cabaran untuk 2019. Walaupun masih kabur liga mana yang bakal disaingi, namun pasukan singa utara masih berjaya untuk mendapatkan pemain yang bertaraf bintang.

Safee sali kini dikhabarkan bakal menyarung jersi singa utara selepas Perlis berjaya mengikat kapten kesayangan pasukan Kelantan dengan menandatangani kontrak bersama Singa Utara. Pemain berusia 34 tahun ini dilihat hampir 80% bakal menyertai pasukan yang baru diberi nafas baru.

Jika dilihat prestasi 2018 semasa Safee di PKNS, ditelah membuat 29 penampilan keseluruhan disemua kejohanan bersama PKNS, dan berjaya mencetak 8 gol. Namun secara keseluruhan prestasi Safee telah melepasi kemuncak kerjayanya. Mungkin pengendali Manzoor mempunyai perancangan yang tersendiri apabila mengikat beberapa pemain yang agak berusia.

Apapun diharapkan dengan kehadiran Safee akan mengulangi sejarah terdahulu sepertimana yang dilakukan oleh Nizaruddin Yusof. Dimana pemain tersebut berjaya memperoleh rentak dan kembali ke prestasi terbaiknya selepas bersama pasukan Perlis.

Apapun kita tunggu pengumuman minggu ni