Singa Utara Net merupakan laman yang dibangunkan bagi mengumpulkan peminat bola sepak Malaysia khususnya pasukan negeri Perlis. Laman ini telah dibangunkan sejak dari tahun 2003 dan beroperasi hingga kini. Laman singa utara ini bermula dengan laman web yang berenginkan forum ipboard. Kemudian laman ini dipindahkan ke domain sendiri dan masih mengekalkan format forum. Domain yang pertama ialah Singautara.com.
Selepas hampir 2 tahun menggunakan domain singautara.com, laman ini terpaksa menukarkan domain kepada singautara.net. Ini disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Namun sejak itu, laman ini terus dilayari oleh peminat bola sepak seluruh negara.
Kini laman ini beroperasi dengan 2 kaedah iaitu laman portal infomasi dan laman forum bagi diskusi oleh semua pengunjung. Selain itu juga Singautara.net mempunyai laman mikro di Facebook dan Twitter.

