Singa Utara

Cabaran Perlis Kian Lesu
Pahang–Perlis

7 - 2

Selepas tewas digelanggang sendiri, cabbaran perlis kian lesu dalam mengharungi liga perdana musim ini. Kekalahan 7-2 kepada pasukan Pahang pada perlawanan terbaru kian meninggalkan tanda tanya kemampuan pasukan perlis dalam mengharungi baki liga.

Mampukan perlis bangkit untuk mengekalkan diri dalam liga perdana atau terus hanyut ke liga FAM.

Tevez hina Ferguson, City minta maaf
KELAB Manchester City memohon maaf kepada Manchester United (MU) ekoran tindakan penyerang mereka, Carlos Tevez yang membuat sepanduk ejekan  atas kekalahan pasukan Sir Alex Ferguson menjulang gelaran juara Liga Perdana Inggeris yang berakhir kelmarin.

Dalam satu kenyataan dibawa BBC, wakil jurucakap City berkata, “kami mengakui kesilapan Tevez, dan kami betul-betul malu dengan tindakan itu.”

“Jadi, kelab kami ingin memohon maaf secara  ikhlas kepada Ferguson di atas sikap keterlaluan yang dilakukan oleh Tevez,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, Tevez turut melahirkan rasa kesal selepas membuat banting dengan berbunyi ‘R.I.P Fergie’ semasa perarakan kemenangan City di bandarnya.

“Saya terlalu gembira hingga tidak menghormati Ferguson yang selama ini dikagumi oleh saya sebagai seorang pengurus terbaik di arena bola sepak.

“Dengan itu, saya mohon maaf secara terbuka kepada Ferguson kerana menghina kelab mereka,” kata Tevez.

City mencipta kejutan dengan menjulang juara buat pertama kali sejak 44 tahun selepas mencatat kemenangan dramatik 3-2 ke atas pasukan Queens Park Ranger (QPR).

Sumber Sinar Harian

Nazmi janji yang terbaik pemilihan di Portugal
SEPANG – Bintang muda bola sepak negara Muhammad Nazmi Faiz Mansor berjanji akan melakukan yang terbaik pada sesi pemilihan kelab Divisyen 1 Portugal, S.C Beira-Mar, minggu ini.

Dia yang berlepas ke Portugal semalam berkata, jika terpilih menyertai kelab tersebut, ia bakal menjadi inspirasi kepada sukan bola sepak negara.

Namun tegasnya, sesi pemilihan tersebut pastinya mencabar selain perlu mempamer kesemua kemahiran dimiliki termasuk tahap kecergasan yang tinggi.

“Saya sangat bersedia untuk melalui semua cabaran di sana dan akan berikan seratus-peratus pada sesi pemilihan. Ini juga satu penghormatan buat saya kerana terpilih.

“Pada masa ini saya juga sudah dapat mengatasi masalah tidak dapat beraksi sepanjang 90 minit selepas mendapat rawatan di Institut Sukan Negara baru-baru ini,” kata Nazmi.

Sementara itu, bapa Nazmi, Mansor Mustapha yang mengiringi anaknya ke Portugal, Mansor Mustapha berharap Nazmi mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di negara Eropah sepanjang proses pemilihan.

“Saya harap pemilihan ini bakal membuka peluang kepada pemain tempatan untuk beraksi di liga Eropah.

“Saya nampak peluang untuk terpilih ada, cuma Nazmi perlu lebih kuat menghadapi cabaran di sana kerana proses pemilihan lebih sukar,” kata Mansor.

Sumber Utusan Malaysia

Podolski sertai Arsenal
BERLIN: Pemain sayap Cologne, Lukas Podolski akan menyertai Arsenal bagi saingan baru musim depan, sekali gus menamatkan berbulan-bulan spekulasi membabitkan masa depan pemain yang dianggap antara paling menarik di Jerman itu.

Pemain berusia 26 tahun itu yang menjadi penjaring terbanyak musim ini dengan 18 gol Bundesliga, sejak sekian lama menjadi sasaran beberapa kelab terkemuka Eropah dan masih mempunyai kontrak setahun bersama Cologne.

Kenyataan Arsenal berkata, Podolski yang akan menyertai rakan senegaranya, Per Mertesacker di kelab London itu, bersetuju dengan perjanjian jangka panjang untuk bayaran yang tidak dinyatakan.

“Perpindahan ini memberikan saya peluang untuk bermain dengan kelab terkemuka Eropah di peringkat antarabangsa,” kata Podolski yang menyertai Cologne ketika berusia 10 tahun dan kembali ke kelab itu selepas tiga tahun di Bayern Munich dari 2006-09. “Saya tidak membuat keputusan yang menentang Cologne, tapi peluang untuk mengembangkan kerjaya bola sepak saya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Cologne. “Keputusan ini tidak mudah buat saya dan juga Cologne. Peminat kami dan bandar ini begitu istimewa buat saya.” Pemain antarabangsa Jerman itu yang menjaringkan 43 gol daripada 95 penampilan untuk pasukan kebangsaan dan dijangka diturunkan untuk Euro 2012, begitu digemari di Cologne. Meskipun kerjayanya musim ini dianggap paling berjaya dalam saingan Bundesliga, pemain yang mempunyai tendangan kaki kiri padu itu tidak berupaya memastikan kelabnya berada di peringkat tertinggi dengan hanya tinggal satu perlawanan untuk dihabiskan.

Cologne, berada di tempat ke-16 dan berdepan dengan penyingkiran, mempunyai 30 mata, dua di atas Hertha Berlin. Arsenal pula menduduki tempat ketiga Liga Perdana Inggeris dengan kebanyakan gol daripada penyerang utama Robin van Persie. Podolski dijangka diturunkan sebagai pemain sayap kiri dalam formasi pilihan Arsene Wenger, 4-3-2-1. “Kami gembira kerana berupaya mendapatkan Lukas dan melihat kehadirannya begitu penting bagi masa depan kami,” kata Wenger. “Dia pemain kelas dunia, seorang penjaring yang hebat dan sudah membuktikan keupayaan di peringkat kelab dan antarabangsa. Kekuatannya akan memberikan kami banyak pilihan di barisan depan.” Seorang lagi pemain Jerman, Marko Marin, dijangka menyertai Chelsea dari Werder Bremen untuk musim depan. – Reuters

Isu ranking tidak penting: Aidil Zafuan
MAHU ataupun tidak, kedudukan semasa ranking skuad kebangsaan akan kekal di posisi ke-156 Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Sri Langka di Stadium Shah Alam, malam esok.

Namun bagi pertahanan negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak, situasi itu tidak pernah mengganggu tumpuannya dan rakan-rakan yang bukan saja mempunyai misi melakar kemenangan, namun lebih besar daripada itu.

“Semua bercakap mengenai ranking. Memang ranking penting namun mereka juga perlu faham apa yang mempengaruhi kedudukan ranking. Ada sebab mengapa kita tidak mendapat perlawanan persahabatan yang menyebabkan ranking jatuh.

“Ketika ini, saya lihat semua rakan memberikan komitmen yang baik menjelang perlawanan dengan Sri Lanka kerana kami sedar ia penting untuk memperbaiki ranking itu. Tetapi bagi saya, ia bukanlah sasaran utama kerana tumpuan kami lebih terarah untuk mengekalkan Piala AFF Suzuki nanti.

“Itu perkara paling penting buat skuad kebangsaan ketika ini,” katanya yang juga beraksi bersama Tentera dalam saingan Liga Perdana.

Dalam aksi persahabatan pertama antarabangsa tahun ini, skuad negara sekadar mengikat Filipina 1-1 Februari lalu sebelum dijadual menentang Sri Lanka yang berada di ranking ke-181.

Di Asia Tenggara, skuad negara berada di tangga lebih bawah berbanding Vietnam (87), Thailand (141), Filipina (148) dan Indonesia (160) namun bagi Aidil, dia tidak terlalu dipengaruhi kedudukan itu.

“Dari segi psikologi ia tidak mengganggu kami kerana bagi saya, persembahan semasa lebih penting. Kita tidak boleh terlalu dipengaruhi dengan kedudukan itu,” katanya.

Dalam perlawanan esok, sekalipun tidak menyenaraikan beberapa tonggak yang beraksi untuk Kelantan dan Terengganu, pengendali Datuk K Rajagobal kekal optimis kemenangan mampu dicapai.

Kemelut Terbaru
SKUAD Liga Perdana Perlis kini berdepan dengan kemelut terbaru apabila lima pemain pasukan itu diberi amaran untuk meningkatkan prestasi masing-masing dalam tempoh dua bulan selepas didakwa tidak mencapai tahap ditetapkan.

Mereka bakal berdepan ditamatkan kontrak, malah masa depan bersama skuad Singa Utara juga akan berakhir bagi membolehkan senarai skuad distruktur semula menjelang April ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Azhar Ahmad ketika ditemui mengesahkan kedudukan lima pemain terbabit, bagaimanapun enggan mendedahkan identiti mereka yang terbabit.

Safee Selamat Seketika
Safee Sali masih boleh mewakili Harimau Malaya tetapi hanya sehingga 22 Mac depan. Apa yang berlaku selepas itu, bergantung kepada bagaimana Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) menyelesaikan kemelut status pengharaman Liga Super Indonesia (ISL).

Itu gambaran yang diberikan Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay ketika ditanya mengenai peluang ketua pasukan Pelita Jaya itu untuk menyarung jersi negara dalam sebarang kejohanan yang diiktiraf Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Bagaimanapun Alex menegaskan, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang peringatan atau arahan kepada PSSI untuk menyenaraikan nama-nama pemain yang bermain dalam ISL seperti yang dilaporkan sebuah portal berita Indonesia, Khamis lalu.

“FIFA dan AFC memberi masa sehingga 22 Mac depan kepada PSSI untuk mengadakan satu sidang kongres dan pilihan raya bagi menyelesaikan kemelut mengenai status liga yang diharamkan (Liga Super Indonesia).

“Saya difahamkan mereka akan mengadakan kongres pemilihan jawatankuasa yang baru pada 18 Mac, beberapa hari sebelum tarikh akhir yang diberikan oleh FIFA.

“Jika mereka gagal mencapai kata sepakat dalam soal ini sebelum tarikh yang diberikan, kelab dan pemain yang beraksi di bawah naungan PSSI berdepan tindakan bahaya akan digantung oleh FIFA.

“Bentuk hukuman itu bergantung kepada tindakan FIFA tetapi risiko untuk digantung memang tinggi kerana mengikut peraturan yang termaktub, semua pasukan harus bermain dalam satu liga yang diiktiraf oleh badan negara itu dan dalam dalam kes ini ialah PSSI.

“Saya juga menafikan membuat sebarang permintaan kepada PSSI untuk mengeluarkan nama-nama pemain (bermain dalam ISL). Apa yang dilaporkan dalam berita itu adalah tidak tepat,” katanya yang ditemui selepas meraikan rakan-rakan media dalam satu majlis makan tengah hari di Bangsar, semalam.

Selepas mendengar penjelasan Alex, masa depan Safee untuk mewakili Harimau Malaya jelas tidak menentu seandainya tiada penyelesaian positif dicapai berhubung status liga ISL dan Liga Premier Indonesia (IPL) selepas 22 Mac.

Biarpun PSSI menganggap ISL sebagai sebuah liga haram tetapi di kaca mata FIFA dan AFC, badan induk bola sepak Indonesia itu perlu menyelesaikan kekeliruan yang melanda dengan menghimpunkan semua pasukan yang bertanding di bawah satu liga.

Mengenai nasib Safee, Alex memberi nasihat kepada bintang penyerang negara itu supaya bersedia berdepan sebarang risiko jika PSSI berdepan tindakan penggantungan.

”Saya faham dia sudah mengikat kontrak dengan kelabnya sekarang tetapi ia tidak diiktiraf oleh badan induk bola sepak negara itu.

”Jika sekatan dikenakan ke atas PSSI, semua orang akan menerima nasib yang sama termasuk dia sendiri, risiko yang dia tanggung memang tinggi, ” katanya.

Melalui laporan yang didedahkan oleh media negara seberang itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah diberi peringatan oleh PSSI bahawa dia berkemungkinan akan diharamkan beraksi di peringkat antarabangsa jika terus bermain dengan Pelita Jaya dalam saingan ISL yang dilabel ‘liga haram’ di sana.

Namun, FAM melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad dan pengurus skuad kebangsaan, Datuk Subahan Kamal menafikan telah diberi sebarang peringatan oleh FIFA atau AFC mengenai pelarangan menggunakan khidmat Safee mewakili pasukan negara.

Sumber Utusan Online

PFA gesa FAM pantau pembabitan dalang utama
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyiasat pembabitan bookie dalam kegiatan mengatur perlawanan membabitkan perlawanan liga di bawah persatuan itu secara menyeluruh.

Shahidan berkata, gesaan itu dibuat berikutan terdapat seorang pemain pasukan Liga Perdana Perlis yang dipanggil Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini kerana disyaki terlibat dalam kegiatan menjual perlawanan membabitkan pasukan itu dengan Majlis Perbandaran Muar FC (MPM FC) pada 9 Januari lalu.

Menurutnya, selain pemain terbabit, pihaknya turut mengesyaki sebahagian besar pemain Perlis lain turut terlibat dengan rasuah bola sepak berdasarkan maklumat diberikan salah seorang pemain pasukan itu.

“Saya difahamkan sebahagian besar pemain Perlis didakwa menemui seorang bookie di Alor Setar, Kedah sebelum perlawanan pertama menentang MPM FC berlangsung dan kekalahan besar 7-2 kepada pasukan itu menguatkan lagi keyakinan kami.

“FAM perlu pantau pembabitan bookie secara lebih ketat memandangkan tidak mungkin mereka hanya cuba mengatur perlawanan membabitkan beberapa pasukan tertentu sahaja,” katanya.

Shahidan berkata, pihaknya bersedia mengambil tindakan tegas termasuk membuang kesemua pemain yang didapati terlibat menjual perlawanan walaupun terpaksa berhadapan kemungkinan pasukan Perlis ‘ditutup’.

Menurutnya, kegiatan rasuah bola sepak atau mengatur perlawanan perlu dibendung segera FAM sebelum menjadi lebih parah memandangkan ianya mampu memberi kesan besar kepada perkembangan bola sepak negara.

“Pembabitan bookie terhadap pasukan Perlis mungkin disebabkan pemain-pemain muda yang tidak dibayar gaji tinggi terpengaruh dengan nilai wang yang ditawarkan oleh bookie.

“Mengenai jumlah bayaran suapan yang mungkin diterima pemain terlibat, kita masih tidak dapat mengetahui nilainya dan menyerahkan perkara itu kepada SPRM untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Perlis syak 9 pemain terbabit rasuah
PERSATUAN Bola Sepak Perlis (PFA), semalam mendedahkan bukan hanya seorang pemain tetapi sembilan anggota skuad Liga Perdana Perlis disyaki terbabit dalam mengatur keputusan perlawanan gara-gara tewas mengejut 2-7 kepada MP Muar pada aksi pertama 9 Januari lalu.

Pendedahan itu diumumkan Presiden PFA, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyuarakan semua pemain skuad Singa Utara itu membabitkan pemain lama dan baru menyertai skuad berkenaan pada kempen Liga Malaysia musim ini.

“Apa yang paling mengejutkan suspek ejen bookie terbabit dikatakan turut menawarkan wang sebanyak RM100,000 kepada seorang tonggak importnya, tetapi dia menolak tawaran lumayan itu.

“Kami tidak menolak kemungkinan pemain lain termasuk yang disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga turut ditawarkan jumlah sama seperti pemain import itu,” katanya di sidang media khas di Kangar, semalam.

Shahidan berkata, berikutan laporan yang cukup mengejutkan itu, PFA membuat laporan polis dan SPRM di Kangar pada 11 Januari lalu.

Apa pun, beliau menambah setakat ini PFA belum dihubungi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaskan isu itu dan berharap badan induk itu memberin perhatian serius terhadap isu rasuah bola sepak.

Sumber Berita Harian

Pemain bola Perlis ditahan ‘caci’ polis
JITRA: Seorang pemain bola sepak Liga Perdana Perlis, ditahan di sini, semalam, selepas memaki-hamun anggota polis dengan mengeluarkan kata-kata kesat selepas dia disaman kerana tidak memiliki lesen memandu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd Yusoff, berkata pemain berusia 26 tahun itu ditahan dalam sekatan jalan di Jalan Jenan-Kepala Batas dekat sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari, ketika menunggang motosikal Honda EX-5 hitam.

Apabila pemeriksaan dibuat, dia didapati tidak memiliki lesen memandu dan polis mengeluarkan saman POL 257.

Bagaimanapun, pemain yang berasal dari Bandar Darulaman dekat sini, dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan polis yang mengeluarkan saman ke atasnya dan menjerit dengan mengeluarkan kata-kata kesat serta memaki-hamun anggota terbabit.

Anggota terbabit kemudian mengejar pemain itu kira-kira 200 meter dan menahannya di depan sebuah pasar raya di Bandar Darulaman.

Difahamkan, pemain terbabit adalah bekas pemain bola sepak bagi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan kini beraksi dalam kesebelasan utama Liga Perdana untuk dua musim berturut-turut.

Ibrahim berkata, pemain itu dibawa ke cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk dibuat laporan tangkapan dan ujian saringan air kencing mendapati dia bebas daripada dadah.

Kesnya disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan pemain bola sepak itu dibebaskan dengan jaminan polis.