Archive | Malaysia RSS feed for this section

Keputusan FAM muktamad!

December 5, 2011

0 Comments

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh tarikh tutup pendaftaran pemain import bagi saingan Liga Malaysia 2012 seperti yang telah ditetapkan pada 8 Disember ini. Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata keputusan berkenaan telah diputuskan dalam Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM. Menurutnya, sama ada tarikh berkenaan dilanjutkan atau sebaliknya ia terpulang [...]

Continue reading...

Struktur Semula Liga M

December 3, 2011

0 Comments

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa berkata, struktur Liga Malaysia perlu dirombak bagi membolehkannya mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Beliau berkata, kelemahan struktur liga bola sepak tempatan menyebabkan badan induk bola sepak negara serta pemain Malaysia sukar mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. “Ramai yang tidak tahu, negeri serta pemain yang [...]

Continue reading...

Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia

December 3, 2011

0 Comments

BIARPUN skuad Olimpik negara pimpinan Ong Kim Swee tewas kepada Bahrain dalam Kelayakan Sukan Olimpik London Ahad lalu, namun salah satu jaringan yang dihasilkan pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor tercatat sebagai gol ketujuh terbaik dunia minggu ini. Berdasarkan maklumat yang dipaparkan dalam laman rasmi 101greatgoals.com, anak jati Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu mencuri perhatian [...]

Continue reading...

Kembali mengaum

November 10, 2011

0 Comments

Anak buah Kim Swee tampil garang benam Thailand HARIMAU Muda kembali mengaum. Selepas hambar diikat Singapura, Malaysia mencipta kemenangan pertama ke atas Thailand 2-1 pada perlawanan kedua Kumpulan A Sukan SEA XXVI di Jakarta, semalam untuk mencerahkan peluang ke peringkat separuh akhir, seterusnya di landasan tepat mempertahankan pingat emas temasya dwitahunan itu. Pada saingan di [...]

Continue reading...

Juara bertahan tersingkir

October 15, 2011

0 Comments

KUALA LUMPUR – Penyandang juara Piala Malaysia, Kelantan tersingkir apabila sekadar seri 2-2 (agregat 3-5) kepada Terengganu pada perlawanan suku akhir kedua, manakala Selangor mara bergaya selepas membenam Perak 1-0 (agregat 4-1) di Stadium Perak. Turut mara ke separuh akhir ialah T-Team yang mengalahkan Sabah 2-1 (agregat 4-2) dan Negeri Sembilan yang menewaskan Felda United [...]

Continue reading...